In Search For Relaxation

Ingat tak sy mengadu pasal sakit bahu sy aritu?
Sejak sakit bahu aritu, saya asik mengadu jek kat tunang sy.. Mmg sakit pon bahu nih aritu.. Smp semalam laa menanggung sakit dan lenguh yang agak teruk.. Tak bleh nak taip lama-lama skit.. Mesti lengguh..

Sebab tunang tak tau nk urut.. beliau telah bawa saya pergi umah urut untuk mendapatkan rawatan.. Heeee.. Rumah Urut?? Mcm tak best jek namanyee.. Bukan umah urut pon, tp gi reflexology spa.. Kami pergi Reborn Spa di Alamanda.. Best jugak laa tempat dia.. Tp harga agak mahal jugaklaa.. Kalu kat melaka dulu murah skit, but masa tuh jenis urut yang lain…

So, yesterday tunang had foot reflexology + cupping (berbekam utk buang angin) and me had foot reflexology + back and shoulder massage…

DSC00728 Mula-mula tuh kene mandikan kaki dulu.. Nih first time buat.. Rendam kaki dalam air panas ade batu-batu kecik.. Best dan sangat selesa…..

DSC00726

 

My tiny foot..

Batu-batu merah yg sangat selesa.. Nk wat kat umah sendiri nnt bleh tak.. :P

 

 

 

DSC00729 Best tak awak..??
Mcm tak best jek muke dia..

Lepas sesi cuci-cuci kaki tuh.. Kene wat foot reflexology.. Sy nih tak reti sgt nk relax.. So, yg mengurut tuh asik tepuk2 je tapak kaki sy supaya relax.. Sy tgk tunang mcm enjoy jek kene urut tapak kaki.. Ehehheheh.. Tp kejap jek dia enjoy, lps tuh dah buat muke menahan sakit… Heeee… Sian dia… Tp, mcm biasalaa kan sy gelakkan sbb klakar tgk muke tunang tahan sakit.. Sorry yerk awak :)

After wat foot reflexology baru buat back massage.. Ooooo… Sangat sakit bile tukang urut tuh betulkan urat sy yg bersimpul-simpul kat bahu nih.. Rasa nk nangis pon ade.. Berdetap-detap bunyi urat… Tahan jek laa sakit tuh, nak baik punya pasal…

Yg tak best skit pasal reborn nih adalah tukang urut dia susah sgt nk berkomunikasi.. Asik tanya “sakit tak.. sakit tak…?” then slanga dia sangat sy tak paham.. Perkataan sakit jek yg saya paham ok.. Then suke laa nk promote mcm2 lg jenis urut.. Sy nk urut bahu yg sakit nih jek laa.. Bukan nk wat yang mcm2 tuh…

Disebabkan terpengaruh dan tak tahan ngn desakan.. Tunang pon setuju buat cupping..  Sempat jugak laa sy tinjau ms buat tuh.. Mcm sgt sakit jek.. Nasib baik sy tak buat.. Tp tunang kate mcm ringan skit badan lepas buat tuh.. Kalu bagus elok laaa.. Bleh buang angin yang byk dalam badan tuh kan sayang… :)

DSC00730 My foot sedang diurut….

 

Nota kaki:

~ tangan dan tulang bahu saya sudah tidak sakit lg.. dan sy dah tak rs lenguh masa menaip skang nih.. kira berkesan jugak laa kan urut semalam..

~ urat di bahu sy bengkak dan merah!! tolong jgn pegang bahu dan tengkuk sy.. mungkin sbb dah lama sgt urat bersimpul, bila dibetulkan balik urat tuh terkejut…

~ sy gembira sbb bahu dah ok…

~ sy gembira sbb tunang sudi temankan sy berurut jugak..  Awak, thanks sooo much for yesterday.. Sayang awak.. :)

2 comments

Weekend Mode Vs Study Mode

Waktu : 11.58 mlm..
Mode : Study untuk PTK..

Skang nih umah sy adalah dlm mode study.. Housemate tgh study.. Begitu juga sy.. Housemate akan amik PTK nextweek.. Tp sy? Kenapa sy study erk…

Sy study sbb sy rs nk study.. Anggap saja ini sebagai latihan sebelum sy leh amik PTK sebenarnye.. Tp, format PTK skang tak sama dengan dulu.. PTK skang ade kerja kursus dan pembentangan kertas kerja..

Tak tau laa format baru nih lebey mudah atau lebih susah dari dulu.. Tp apa pon, kita tunggu jek feedback dari rakan-rakan yang akan menduduki PTK gred 41 minggu depan..

Buat Cik Housemateku sayang… Sila laa study yer.. Awak tuh lebey makan jek sy tgk.. eehehheee.. All the best… Nnt jgn lupe bg sy tips yang berguna tuh tau….

p/s: seronok sbb dpt membuat sesuatu yang baru.. sy dah kebusanan, sy perlu sesuatu yang baru.. yg dapat memberi cabaran kepada saya..  jom, isi borang tukar unit nak tak…?? :P

p/s/s: PTK = Penilaian Tahap Kecekapan… Semua pegawai awam perlu menduduki PTK dan mendapat sekurang-kurangnya tahap 3 untuk membolehkanya mendapat kenaikan pangkat.. selagi tak dapat tahap 3, tak bleh naik pangkat… Untuk menduduki PTK, anda hendaklah telah sah jawatan.. Untuk sah jawatan anda perlu:

    • lulus peperiksaan undang-undang;
    • lulus induksi umum dan khusus;
    • lulus tapisan keselamatan; dan
    • telah disahkan lantikan.

Sbb saya tak dapat amik PTK, kerana sy masih belum sah jawatan.. Saya baru dapat surat dari tapisan keselamatan khamis lalu.. Cepatlaa confirm.. Sy nk amik PTK!! ehehhehee…

0 comments

Sakit Tulang Bahu

Pernah tak rasa sakit tulang bahu.. Rasa macam tulang tuh nk terkeluar dari soketnye..??

Tuhlaa yg sy rasa sekang nih.. Rasa sangat lenguh dan tak bleh nak taip lama-lama..
Sejak semalam dah rasa sakit.. Bila cube pusing-pusing kan tulang bahu rasa berdetap-detap… Sakitnyeeee… Mcm mana nih nk ilangkan..??

Sejak semalam pikir nape bleh sakit.. Sebab meja sy tinggi sgtker? Sebab kerusi sy rendah sgt ker? Sbb teknik menaip sy salah ker?? Kenapa…??

Nk picit sendiri, tak tercapai dek tanganku.. :(
Ade tak tips nk ilangkan lenguh dan sakit bahu nih..

Saya masih di opis.. Jam dah menunjukkan pukul 7.05 malam… Hati rasa nk balik.. Tp sy takut nk ke basement waktu maghrib… Byk sgt citer yg tak berapa enak terjadi time2 maghrib kat basement ni.. Jadinya sy tersekat di sini.. Tunggu sehingga malam menjadi tenang, dan hati menjadi sedikit berani untuk menapak sorang-sorang kat basement malam-malam….

DSC00041

Selain takut dan sakit bahu yang melampau.. Saya juge lapaa.. Sy nk mkn burger king.. dan juga Hersey's pie yg sedap itu.. Laapaaaa.. Cepat laa maghrib berlalu.. Sy nk balik dan makan….!!!!

2 comments

Sila Kemaskan Meja Kerja Anda

Meja adalah tempat untuk membuat kerja…
Bukannye tempat lambakan kerja-kerja anda..

I really need to organize my work..
Clean up my table..
Clear my work as soon as possible..
And go for a loooooong holiday and relax myself…

Tp.. Apekah maknanye angan-angan tanpa usaha..??

Darn….. Sy perlukan sesorang untuk memarahi sy supaya sy rajin bekerja dan terus fokus dengan kerja sy…

Lately i just wanna go home and sleep… :(

DSC00724

My side table… Penuh dengan bende-bende tak berpaedah..

Tag di printer tuh nape tak buang? Urghhhhh…

Sangat semak…..!!!!

 

 

DSC00725

Tray IN lebeh meriah dari tray OUT…

One thing for sure.. Bakul sampah sentiasa kosong sebab ade makcik cleaner tolong kemaskan…

“Makcik, kemaskan meja saya jugak.. bleh tak….?? “

 

Kawan-kawan.. Jom kita kemaskan meja dan fail-fail yang berlambak nih..

p/s: arini, kami beramai-ramai telah menterminatekan card credit kami.. fyi, each card credit will be charged RM50.00 annually.. kawan sy ade 8 cards, bermaksud dia kene bayar RM400.00 for all the cards.. Banyak tuh… Bleh buat belanja makan sebulan.. Uissshhh…. Tak jdlaa nk apply card mcm nih.. :(

2 comments

Perunding ICT MAMPU

Ini adalah antara langkah kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kebergantungan sektor awam kepada syarikat-syarikat luar dalam membangunkan projek-projek ICT Kerajaan.

Pasukan perunding yang terdiri daripada 8 pasukan merangkumi segala aspek dan kemahiran dalam bidang ICT. Pasukan-pasukan perunding ini adalah terdiri dari bidang-bidang berikut iaitu:

  1. Pengurusan Strategik ICT
  2. Pengurusan Projek
  3. Pengurusan Maklumat
  4. Pengurusan Pangkalan Data
  5. Pengurusan Keselamatan Maklumat
  6. Pengurusan Rangkaian
  7. Pengurusan Pusat Data
  8. Pembangunan Sistem

Pasukan perunding ini akan membantu agensi-agensi  Kerajaan dalam membangunkan projek ICT yang akan memberi kemudahan kepada sektor awam dalam melaksanakan tugas khususnya dan kepada rakyat Malaysia amnya..

Seminar yang telah diadakan banyak memberi pendedahan kepada agensi-agensi akan fungsi pasukan perunding ICT ini.  Mungkin ramai di antara kita tidak sedar akan kewujudan pasukan perunding ini.. Jadi, sebagai pegawai awam, marilah kita merebut peluang mendapatkan kepakaran dari mereka dalam pelaksanaan projek ICT kita.

DSC00721Untuk maklumat lanjut, sila ke sini.

0 comments

GP Racing @ F1 Sepang..

DSC00711 Akhirnyaaa saya menjejak kaki semula ke litar Sepang… Sungguh seronok walaupon penat dan sangat panas.. Kalu dulu penah tgk final F1, kali nih pergi tgk GP Race plak.. Best jugaklaa.. Walaupon F1 lg menarik, GP pon tak kurang hebatnya..

Macam-macam ragam manusia tgk race nih.. Bersorak-sorak.. Riuh sgt tp seronok.. Lebih seronok sbb pergi bersama-sama en Tunang dan adik-adiknya.. Lepas nih nk ajak en tunang gi tgk perlawanan bola plak.. Mesti lg seronok kan.. Heeeeee….

DSC00715GP Race Kategori 250cc.. Tak tau satu pon name team .. Yang tau Rossii jek.. :P

DSC00716DSC00718
Punyalaa semangat nk pki baju sama…. Muke dah berpeluh-peluh sebab kepanasan….

Tips pada sesiapa yang berhajat untuk tgk race kat Sepang:

  • Bring payung sbb sangat panas… dan mungkin juga hujan di petang hari…
  • Bawa tuala, topi and sun block for protection…
  • Air..; dan
  • Kipas…

Thanks to Emy and Ijam yg sudi membawa kami menonton GP race.. Nnt kalu ade tiket lebey bleh bawak kami lg.. :P

p/s: I need too rest.. Pendeknyee rasa weekend nih.. Nape esok dh hari Isnin? Tak bleh cuti ker?

p/s/s: I am officially MU’s fan starting today… Ahahahhaaaa….

2 comments

Indahnya Ciptaan Allah

Aku baru saja menghadiri Bengkel Pengurusan Integriti Keluarga dan Komuniti di Port Dickson anjuran BSM kementerianku..

Apa yang menarik, mengenai bengkel ini adalah slot khidmat komuniti… Kami dibawa melawat ke Pusat Dalam Komuniti Teluk Kemang.. Istimewanya pusat ini adalah kerana ianya adalah pusat bagi kanak-kanak istimewa.. Tersentuh hati melihat keletah anak-anak di situ.. Kami ke sana untuk membuat khidmat komuniti.. Walaupon pusat tersebut sememangnya sudah kemas, kami sedaya mungkin menabur khidmat dengan melakukan gotong royong beramai-ramai..

Aku terfikir.. betapa tabahnya ibu bapa anak-anak istimewa ini.. Sungguh… Betapa hebatnya cabaran yang diterima… Semoga ibu bapa anak-anak ini sentiasa tabah mendidik mereka….

Selain pengisian bengkel yang menarik… Hotel pon best.. View dari bilik.. Sunset @ PD – Magnificent ….~

DSC00702

0 comments

Update and Engagement

Fuuuuhhhh… Lamanye dah tak update blog nih… Bulan lepas agak sibuk skit.. Banyak bende yang kene setel.. Syawal baru saja berlalu.. Balik ke opis lepas bercuti raya, banyak open house, open unit yang kene hadir.. Asik makan..makan..dan makan saja.. Scale pon dah mula menunjukkan angka yang menakutkan.. Kene mula bersenam balik nih.. Kalu tak, sia-sia saja usahaku selama ini.. Heeee…~

Oklaaa.. Nak citer skit pasal perubahan terbaru dalam diri.. Pada 17 Oktober 2009 bersamaan dengan 28 Syawal 1430H yang lalu, saya telah selamat bertunang dengan siapaaaaa???? Ehehehe… Mestilaa dengan bf saya yang kini telah menjadi tunang saya.. Majlis pertunangan berlangsung pada pukul 12 tengahari dan disaksikan oleh sanak saudara dan rakan-rakan yang terdekat.. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para jemputan yang hadir memeriahkan majlis….

PA170204

Me yang sedang berdebar-debar menunggu...

PA170206

His mom menyarung cincing…

PA170163

For Him

PA170230

From Him.. :)

PA170235

My sisters forever… Erun@Yuna@Siti, Surianah and Pnut@Mama AMni..

Terima kasih diucapkan pada kawanku, Sue kerana mengambil gambar-gambar di atas.. Adikku Fahrur sepatutnya mengambil gambar menggunakan kamera ku.. tp dia cume amik 3 keping gambar jek.. Tuh pon gambar ntah ape-ape.. Jdnya, aku takde pon gambar sendiri semasa majlis tuh… Gerammm betol… Nasib baik Sue sudi mengemelkan gambar-gambar dari kameranye… Nanti bila dah dapat pics dari Mr Photographer, aku upload lg gambar sepanjang majlis..

Ucapan terima kasih pada insan-insan yang telah menjayakan majlis tersebut:

  • My parents for being the host for that event.. Abah sakit pinggang lps majlis sbb banyak angkat barang berat-berat.. heeee~
  • Adik-adik yang merajinkan diri menolong mengemas umah…
  • Mak Busu for being the chef for that day..
  • Shahruddin for being the photographer..
  • Sue, Pnut, Erun Nad, Dja, Asrol, Mur and Family kerana sudi datang.. Saya sangat sayanggg kamu semua…
  • Dan ucapan terima kasih paling utama ditujukan buat budak kecik di bawah… Dengan ini secara sahnyaa diishtiharkan bahawa Amni Syauqina telah menjadi ketua kendarat @ mascot sepanjang majlis pertunangan Rabiatul Adawiyah dan Ahmad Shahrul… =)

PA170236

Amni yang sedang mengemas.. Nanti aunty bg upah yer sayang…. ~

p/s: I’m happily engaged.. Somehow rasa gusar masih ada sebab orang selalu cakap zaman bertunang banyak cabaran.. Harapnya kami dapat melaluinya sebaik mungkin… :)

0 comments
Related Posts with Thumbnails