Huru Hara

Korang perasan tak yang themes blog aku nih macam huru hara skit sekarang nih..
Nih semua gara-gara nak tukar themes, pastu tak cantik.. Berbalik kepada themes asal.. Lepas tuh, terdelete a few items.. Membuatkan semuanya kucar kacir.. Dah kucar kacir blog nih, malas laa plak nk betulkan.. Ahahhaha.. Tipikal me, suke buat kerja lintang pukang, asalkan siap.. Don't blame me, blame the blood type.. Ahahahahaa... Alasan jek tuh.. Kalau benda yang aku gemar, mengadap siang malam pon tak kisah.. Tapi, apa jek yang aku gemar nak buat erk.. Itu lagi satu persoalan yang tak terjawab sampai sekarang...

Hari ini hidup sangat huru hara.. Semalam pukul 11 malam dah tido.. Sebab badan rasa sangat penat mengemas umah, plus kebusanan sebab sorang-sorang je semalam.. Hubby ke btn, hari nih baru balik.. Ingatkan tido awal, boleh bangun awal.. Tapi kol 6 lebey baru bangun.. Nih semua gara-gara tido tak lena.. First time tido kat umah tuh tanpa hubby.. Puas berpusing-pusing satu katil.. Mata terkebil-kebil.. Setiap jam la terbangun.. Memang tak nyenyak langsung...

Bangun-bangun je pegi basuh baju.. Ape hal la basuh baju pagi-pagi.. Nasib baju kecik-kecik jek.. Pastu masukkan barang-barang jualan dlm beg.. Mandi-mandi, siap pergi keje..

Ohhhh... Nasib sampai opis on time.. Hati kegirangan sebab punch in awal.. Ahahahhaa.. Esok bleh buat lagi... Merempit pagi-pagi ke opis...

Letak-letak barang terus turun pergi ke gerai.. Ohhhh... Awalnyee aku sampai, sorang manusia pon tak sampai lagi.. Susun-susun barang, naik balik atas.. On pc, check email... Pastu, turun balik nak gi menyibuk kat tempat jualan....

Tetiba, tertengok baju....
Nampak tak kesan minyak setompok besar tuh... Entah mana datang.. Dah laa pagi nih ade perhimpunan.. Baru saya nak glamer-glamer, baju plak kene minyak.. Memang clumsy tahap dewa... Mana dapat kesan minyak nih pon aku tak pasti.. Rasanya masa iron baju malam tadi, takde plak kesan tuh... Arrrrgghhhh.. Tertekan jiwa....

p/s: nasib kaler minyak bleh blend in dengan kaler bajuku... kah..kah..kah.... 4 comments

Keeping The House Clean

Mmmmm.. Dah beberapa hari tak berblog.. Takde idea dan juga takda masa nak berblog.. Sibuk di pejabat, dan sibuk juga mengurus teratak kecil ku ini..

Baru lepas mengemop rumah...

Saja singgah kejap kat blog ni, sementara menunggu lantai kering dan boleh kembali menyambung melipat baju..

Semalam berborak dengan mak.. Mengadu kepenatan menguruskan rumahtangga..

Mak: Aik, baru jek dah komplen penat.. Kerja-kerja tuhla yang mak buat bertahun-tahun nih..

Terus rasa bergenang air mata.. Memang tak terbanding pengorbanan mak dengan apa yang aku jalani selama beberapa minggu ni.. Sekarang nih baru sikit je penat.. Kalau bandingkan dengan ibu-ibu lain, lebih lagi dengan ibu yang bekerja mesti mereka merasa lebih lelahkan menguruskan rumahtangga...

Orang kata, alah bisa tegal biasa.. Sekarang ni, aku dah boleh memandu ke tempat kerja dengan mata rasa lebih segar.. Tak rasa sepenat minggu pertama hari tu.. Kalau tak, memang asik tertutup-tutup je masa drive.. uhuhuhuuuu...

Oklah, nak lipat baju.. Baru berdua, hari-hari pon kene basuh dan lipat baju.. Nih belum lagi bertiga ke berempat ke berlima ke berenam.. Ahahahahaa.. Ramai tuh berenam.. Mau tak cukup tangan nak menguruskan segalanya... :P 0 comments

Another Destination...

7 days to go..

  • Need to do our checklist..
  • Need to reconfirm our reservation.. I'm thinking to change our room type as some of the reviews about the type room that we booked are not that good... Need to discuss it with hubby..
  • Need to go to money changer..
  • Need to buy new beachwear.. (nak cari beachwear yang seksi-seksi skit.. hahahaa..)

I'm super excited about this trip because it's not just a usual cuti-cuti trip for me..

I'm going for my honeymoon everybody.. Tentulah rasa tak sabar-sabar kan...

Note : Berdoa agar cuti hubby diluluskan... 2 comments

Langgar Dan Lari

Tadi masa dalam perjalanan ke pejabat, berlaku satu kemalangan jalan raya depan HUKM.. Teruk juga kereta-kereta tu.. Nasib accident depan hospital, kalau injured boleh terus masuk wad..

Teruskan perjalanan ke pejabat... Tak sampai 500 meter dari tempat berlaku accident tadi... Bermula la satu kejadian....

Puan pemandu yang sedang fokus memandu tiba-tiba nampak seekor binatang cuba melintas jalan.. Tikus ke tupai ke... Itu puan pemandu tak dapat nak pastikan.. Cuma, binatang itu melintas jalan sambil melompat-melompat.. Ohhh ya, binatang itu berekor panjang.. Kemungkinan besar adalah tikus...

Tikus itu melintas tak tengok kiri kanan.. Dengan gembira terlompat-lompat melintas jalan.. Puan pemandu sedikit konpius, nak honk ke tikus tuh... Puan pemandu cuba nak elak.. Dan sesaat kemudian terdengar.. GEDEGANG... ohhhh... HABISLAAAAA... Puan pemandu telah terlanggar tikus itu.. Setelah melanggar, puan pemandu teruskan saja memandu...

Puan pemandu menjeling side mirror, nampak tikus telah tergolek di bahu jalan.. Maafkan saya tikus.. Bukan salah saya, kamu melintas tak tengok kiri kanan...

Maafkan saya yer... :(

Berakhirlah satu kejadian langgar lari dan berakhirlah episod kehidupan seekor tikus...

p/s: mungkin tikus, mungkin juga tupai.. Tikus melompat-lompat ke.. Uhuks... 0 comments

How Fit Are U?

Pernah tak terpikir adakah berat badan anda sekarang dan keadaan tubuh badan anda adalah ideal dengan umur anda?

Jawapannya adalah... TIDAK.. macam mana nak tau.. boleh buat ujian menggunakan Wii Fit. Boleh test BMI, test balance dan boleh buat training dengan Wii Fit...

ok, malam tadi plan untuk pergi dating dengan hubby menjadi sesi membeli Wii Fit plak.. Sepatutnya pergi dating-dating pusing kl, akhirnya end up kat Sungei Wang Plaza cari Wii Fit.. Kecewa jiwa ku tau...

Wii Fit.. Harga dalam RM2**.. Kena tanya dulu.. Ada kedai yang mahal skit.. Game cuma RM8.. Macam-macam game ada.. Pilih je..

Tuh pilih game Wii Fit ke pilih game lain??

Aduh, nampak nya lepas nih dah takde alasan nak mengelat, tak nak bersenam ke apa.. Siap ada schedule ok.. Tak boleh la kak long nak menipu ke lepas nih.. Uhuhuhuu...

Setelah diukur, BMI kak long 20.**.. Still lagi normal.. Waaa.. Happy sangat tau... Tapi, bab balance totally out.. Posture lagi la out kan.. So, sekarang nih fokus untuk shape badan kasik cantik skit macam model.. Biar hubby tak tengok pompuan lain.. (ahahhaha.. alasan jek tuh, sebenarnye perut dah makin bahagia sejak kahwin.. :( )

Walaupon dapat hadiah Wii Fit, hati masih kecewa sebab tak dapat dating-dating.. Sedey tau.. Lately selalu busy jek, tak pon duduk kat rumah jek... Tapi takpelah at least dapat keluar jalan-jalan.. Dan sempat gak menghabiskan duit...
Yeaayy.. Selipar baru.. Comel kan.. Pink gitu..

Dan akhir sekali...
Beli makanan untuk kunyah-kunyah...

Best woo kedai country's tid bits nih.. Banyak sample.. Boleh round satu kedai rasa-rasa makanan sampai kenyang.. Hahahaa...

So, lepas nih kenalah bersenam ye.. Hubby dah bagi warning, kalau tak guna Wii Fit akan kena hukuman... Ohohohooo... 2 comments

Pelupa atau nyanyuk...?

I have this weird illness that forced me to be on medication for 20 days.. I have to take my pil every 12 hours, every 9.30 am and another one on 9.30 pm.. Betapa lecehnya hidupku terikat dengan schedule nih.. Buat masa nih, dah masuk 13 hari makan ubat tuh.. Tapi yang mendatangkan masalah adalah bila terlupa makan ubat terutama waktu pagi.. Bukan sengaja, bukan takmo makan ubat.. tapi sebab terlupa.. Biasalah kan waktu 9.00 hingga 10.00 pagi biasanya waktu yang paling busy.. Masa tuh la berpusu-pusu call in, ke hulu ke hilir, kalau ada meeting kene wat preparation lagi.. Last-last tersedar dah pukul 12 tengahari, ubat tak makan..

Aisssshhh.. Sangat marahkan diri sendiri.. Macam mana la boleh lupa.. Hari nih dah kali kedua makan ubat.. Kalau la doktor tau mesti kene bebel..

Macam mana ye nak pastikan tak lupa makan ubat.. Dah set kat alarm pon tak berkesan.. Tertekan daku tau... Benci..benci..benci...

This illness i'm having is kind of weird.. doktor pon berkerut-kerut nak explain kat aku.. hubby lagi berkerut nak pahamkan explaination doktor.. uuhuhuhuu.. i don't to think much about it, as everything is still blurry and the doctor still couldn't confirm my condition.. atau aku perlu ke pakar jek terus erk..

Setelah mencari-cari, aru aku terjumpe penyakit ku itu.. Nih semua sebab tak fokus masa doktor explain.. Lagipon masa doktor explain guna bahasa kedoktoran.. Mana aku paham kan..

Ovarian Cysts

Ovarian cysts are small fluid-filled sacs that develop in a woman's ovaries. Most cysts are harmless, but some may cause problems such as rupturing, bleeding, or pain; and surgery may be required to remove the cyst(s). It is important to understand how these cysts may form.

Women normally have two ovaries that store and release eggs. Each ovary is about the size of a walnut, and one ovary is located on each side of the uterus. One ovary produces one egg each month, and this process starts a woman's monthly menstrual cycle. The egg is enclosed in a sac called a follicle. An egg grows inside the ovary until estrogen (a hormone), signals the uterus to prepare itself for the egg. In turn, the uterus begins to thicken itself and prepare for pregnancy. This cycle occurs each month and usually ends when the egg is not fertilized. All contents of the uterus are then expelled if the egg is not fertilized. This is called a menstrual period.

In an ultrasound image, ovarian cysts resemble bubbles. The cyst contains only fluid and is surrounded by a very thin wall. This kind of cyst is also called a functional cyst, or simple cyst. If a follicle fails to rupture and release the egg, the fluid remains and can form a cyst in the ovary. This usually affects one of the ovaries. Small cysts (smaller than one-half inch) may be present in a normal ovary while follicles are being formed.

Ovarian cysts affect women of all ages. The vast majority of ovarian cysts are considered functional (or physiologic). In other words, they have nothing to do with disease. Most ovarian cysts are benign, meaning they are not cancerous, and many disappear on their own in a matter of weeks without treatment. Cysts occur most often during a woman's childbearing years.

Ovarian cysts can be categorized as noncancerous or cancerous growths. While cysts may be found in ovarian cancer, ovarian cysts typically represent a normal process or harmless (benign) condition.


Well, there u go.. Full explanation about cysts.. Sejujurnya aku tak pernah tau pon pasal benda ni, sampailah aku mengalami masalah kedatangan haid yang terlalu panjang sebelum berkahwin hari tu.. Sepatutnya cysts nih tak merbahaya pon.. Dan kebanyakan wanita mengalaminya..

Aku dah scan 2 kali.. Pertama masa sebelum kahwin and the doctor said it was small and normal, maybe due to horman disorder and stress.. Dan second time lepas bernikah.. Tapi, setelah discan kali kedua aritu pelik plak cysts aku tu tau.. My previous cysts was gone (seperti mana yang diterangkan cysts boleh disebabkan oleh emosi dan hormon yang kurang stabil dan akan hilang kemudian nanti.. ).. Tapi ada plak cysts lain and the location's was abnormal.. The doctor said MAYBE it is cysts or maybe it was my poop yang terkumpul dan tak dikeluarkan lagi.. So, to be confirmed, i need to do another checkup after i finish my medicine..

p/s: Sebenarnye nak citer pasal lupa makan ubat je.. last-last jadi cerita perubatan plak

p/ss: Aku ni suka sakit pelik-pelik tau.. Orang lain tak sakit macam aku.. Ntah apa-apa.. Banyak dah penyakit pelik aku dah rasa.. Kalau rajin, nanti aku ceritakan ok..

p/sss: good thing about being sick is, semua orang akan concern about you.. I love that part a lot...

InsyaAllah segalanya akan ok.. Semoga Allah melindungi daku dan keluargaku.. Aminn.. 1 comments

Off to Kampung...

Alhamdullilah, hubby is doing just fine.. Demam dah takde.. But somehow saya plak yang terbatuk-batuk sekarang ni...

We're going back to kampung.. Kali nih turn sepupu hubby plak melangsungkan hari bahagia...

Btw, today genap 2 minggu kami berumahtangga.. Banyak lagi yang kene belajar pasal ilmu rumahtangga ni.. Semoga 2 bulan, 2 tahun, 20 tahun, 200 tahun yang akan datang akan terus bahagia seperti hari-hari ini bersama hubby saya...

p/s: bestnyee nak pergi majlis perkahwinan.. tapi lagi best kalu majlis tu majlis kita sendiri kan.. uhuhuhuu...

p/ss: mayb will not be blogging for 2-3 days.. nak balik makan nasik minyak banyak-banyak.. nyummm.. nyummm... 0 comments

Tanda-tanda H1N1??

Sejak minggu lepas hubby memang tak berapa sihat... Even sebelum majlis hari tu pon dah takda suara.. Katanya gara-gara minum coconut shake yang glamor di kampung kami.. Tuhlaa, sape suoh minum tak ajak saya, kan dah batuk tak baik-baik.. Nasib baik masa majlis akad nikah tuh ada suara, kalau tak mau kena lafaz guna bahasa isyarat plak.. Uhuhuhuu...

Then, bila balik ke kl masih lagi batuk-batuk.. Tak baik juga.. Sebab risau dan kesian tengok hubby batuk-batuk, pergilah klinik untuk dapatkan ubat.. Sebelum nih dah makan ubat sengsei' (betul ker eja erk.. sengsei' = dukun cina ) pon tak elok jugak... Lepas makan ubat batuk doktor yang sangat mengantuk itu, batuk hubby macam kurang skit..

Hari isnin dah mula kerja.. Petang tuh bila balik umah hubby bagitau dia macam tak berapa sihat.. Nak demam katanya.. Tak jadi nak gi gym.. Tapi still bersenam jugak kat hall rumah.. Hubby melompat-lompat, wat sit up, aku memasak di dapur.. Keluar dapur kene tolong pegang kaki hubby sebab dia nak wat sit up.. Aduhaaiii bersemangat betul la suami aku nih.. Tadi bukan ke kata sakit??

Ingatkan lepas bersenam dah ok.. Tapi semalam bertambah plak penyakitnya.. Kene flu plak... Urmmm.. Nih dah bahaya.. Demam ada, batuk ada, selsema ada.. Semua tuh tanda-tanda H1N1 kan.. kan.. Terus ajak hubby gi klinik...

Jumpe doktor yang agak sempoi kat klinik tuh.. Dia bagitau memang semua tuh tanda-tanda H1N1.. Doc advise makan ubat dulu, then kalau tak baik kene datang balik untuk H1N1.. Hati dah risau.. Harap-harap laa suami cepat baik...

Pagi tadi.... Hantar msg tanya hubby dah ok ker tak..

Wife : Abang, dah makan ubat tak? Demam selsema lg tak?

Hubby : Dah ok skit.. Mlm nih insyaAllah bleh pergi gym...

Aisssshhh.. Bersemangat betullah suami aku nih nak gi gym.. Uhuhuhuhuuu... Tapi takpelah, yang penting hubby sihat cepat.. Kesian tengok hubby asik sakit jek lately...

p/s: I think H1N1 is back, cuma tak digembar gembur macam hari tu.. Risau..risau... Kalau deman ke, selsema ke.. baik terus gi klinik.. Jangan tangguh-tangguh.. Bahaya... 1 comments

Wedding Story : Cake Wedding

Ok.. ok.. Saya tau ramai yang tak sabar-sabar nak tengok gambar wedding saya.. Saya pon tak sabar gak sebenarnye tau.. Maaf laa kawan-kawan, saya takde pon gambar-gambar dalam simpanan sendiri.. Kene lah tunggu dari photographer baru dapat gambar.. Saya pon tak tau cantik ker tak saya masa majlis tuh... (ntah apa-apa ntah ayat nih... ahahahaaa)

So, saya cerita mana yang ada dulu kay.. Kita mulakan pasal kek kawin saya.. Gambar-gambar nih pon amik dari blog Kak Ila, kakak yang buatkan kek untuk majlis perkahwinan saya.. Kak ila nih kakak Shah, kawan baik saya.. Kalau nak order kek bleh laa jengok-jengok blog dia yer..

Ok.. Inilah kek perkahwinan saya....


3 tingkat gitu.. Tingkat atas cupcakes MU, tingkat 2 dan 3, chocolate moist cake...
More details about the cake, sila ke sini...


Cup cakes MU tuh teristimewa untuk hubby saya.. Untuk birthdaynya..

Abang, happy 30 years old.. May years to come bring joy and happiness to us... I love u soo much...

p/s: i think the cake was yummie sebab tengok adik-adik makan beria... saya tak makan pon cake tersebut, even cake belah hubby... sebabnyaaaa???? masa tuh dah tak rasa nak makan benda-benda manis.. rasa tak lalu jek.. sekarang plak rasa nak makan kek coklat.. pantang tengok rasa nak makan.. uhuhuhuuu....
0 comments

Shut Up!

Kadang-kadang, kita yang bergelar manusia memang pandai menyakitkan hati orang lain kan.. Betul tak..

Tak sedar ke kita yang Allah akan memberi balasan, terutama di akhir-akhir zaman nih.. Semua balasan datang CASH ( yang saya maksudkan dengan CASH adalah, balasan di dunia lagi..)

Sebagai renungan kepada diri sendiri, jangan la sesuka hati mengata orang, memburukkan orang lain apatah lagi mengkaji orang.. Bukankah doa orang yang dianiya itu dimakbulkan tuhan..

Fikir-fikirkanlaa...

p/s: saya juga insan biasa yang selalu melakukan kesalahan.. namun sebolehnya saya selalu cuba menjaga pertuturan saya supaya tidak menyakitkan hati orang lain...

p/ss: saya menulis bagi pihak sesorang yang saya sayangi yang sedang terasa hati dengan percakapan orang lain.. M**, sila abaikan orang tu ok.. Ada ubi ada batas, esok-esok Allah balas perbuatan buruk orang tuh pada m**..

p/sss: issssh... tak abis geram lagi... ikut sukelah saya lah nk buat macam mana dengan majlis saya.. yang buat tuh guna duit saya, duit mak ayah abah saya, bukan dia yang bagi duit pon.. rasa nak stapler-stapler je mulut dia bagi aman skit dunia nih...

~ blog nih seakan-akan sudah bertukar konsep... macam dah jadi tempat meluah perasaan.. but who cares? my blog, i'll write what i want.. dadadaaa... ade paham? 4 comments

Jemput Salah Tak Jemput Salah

Semalam saya ada orang bertanya mengenai majlis perkahwinan saya, dan bertanya mengapa saya tidak menjemputnya...

Hari ini dapat email dari seorang kawan bertanya perkara yang sama...

Hurrrrmmmm... Payahnyee saya nak menjawab persoalan itu.. Bukannya saya tidak menjemput sesetengah orang kerana saya tidak suke akan mereka.. Tapi disebabkan oleh kekangan-kekangan sewaktu membuat persiapan majlis...

Mungkin sesetengah orang akan beranggapan, kenapa orang lain boleh menjemput ramai kawan, tp tidak saya... Saya rasa tak perlu untuk saya menerangkan secara detail, tapi masalah utamanya adalah disebabkan masa dan juga saya takde maklumat dan alamat kawan-kawan semua.. Yelahkan, dah tak berhubungan beberapa tahun sejak sekolah tentu saja saya takde maklumat kawan-kawan... Jd mcm mana sy nak menjemput mereka?

Ntahlah, mungkin esok-esok akan ada lagi yg bertanya saya kenapa tak menjemput mereka.. Sebab saya tahu ramai yang saya terlupa nk jemput ke majlis tersebut.. Kalau ada yang terasa hati, saya mohon maaf.. Cuma saya mintak cuba letak diri kamu ditempat saya yang perlu menguruskan majlis tersebut, dan baru kamu paham situasi saya...

p/s: ada orang kata saya sellfish sbb tak jemput kawan-kawan lain.. ye ke? pedulik laa.. yang penting kawan-kawan baik saya ada di sisi saya.. itu yang lebih penting...

p/ss: ada juga yang kawan-kawan yang datang walaupon saya jemput mulut saja.. terima kasih banyak-banyak sebab menghadiri majlis saya yang tak seberapa hari tu..

p/sss: hari tu, saya dah jemput menggunakan FB (trend terkini kan.. dan itu saja cara penghubung rakan-rakan yang dah lama tak berhubung....) 5 comments

Mulut masin?

Borak-borak kosong antara suami isteri di malam hari...

Isteri : Abg, kalau abg kene gi outstation nanti, mesti saya busan dok umah sengsorang... Tak best nyee...

Suami: Nak buat mcm mana, dah keje kan....

Esoknya di pejabat dapat sms dari hubby..

Suami : Saya kene gi BTN 27hb nih...

Isteri : Smp bila?

Suami : Smp 31 Mei...

Dok termenung tengok kalender... 27hb hari khamis, 28hb cuti hari wesak, 29hb sabtu, 30hb ahad, 31hb isnin.... Terus mengeluh panjang...

Kenapalaa BTN suke nak buat kursus time cuti umum erk.. Apa saya nak buat cuti panjang sorang-sorang cmtuh.. Waaaa.. Lepas nih, tak nk pikir ape-ape... Baru cakap, dah dpt surat panggilan kursus esoknya... Pastu kene time cuti panjang plak tuh....

Abg, i'm going to miss u for sure... :( 7 comments

Me, Wife, Husband dan Cooking... !

Hello everybody... Did u miss me.. Ahahaa.. Macamlaa ade orang yang follow blog nih kan.. Ngeeee... Pagi nih saya keseorangan.. Memikirkan ape nak masak arini.. Dengan umah yang lintang pukang... Jaaaaapppppp... Nak gi basuh baju jap.... *******

Ok.. siap sudah... Alang-alang hubby takde kat umah nih baik update blog kejap... Esok hari last bercuti, dan akan mula bekerja pada hari isnin.. Dah dapat bayangkan apa yang akan terjadi nanti.. Dengan keje-keje yang banyak, mesti kelam kelabut hidupku.. Cuti kali nih memang cuti sakan, tak amik tau pasal opis langsung... Uhuhuhuuu... Bersiap sedia jek laa isnin nih.. :(

Hari nih, cukup lapan hari menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.. Perasaan ku? Mestila bahagia.. Hari-hari rasa berlalu begitu cepat... Tapi yang pasti hidup ini rasa lengkap bila sudah berumahtangga... Memang sangat berbeza masa bujang-bujang dulu.. Kalu dulu, sekarang nih mesti masih lagi berselimut.. atau dok lepak depan tv.. Tapi sekarang, waktu-waktu macam nih dah pikir nak buat ape, nak masak ape... Memang tak de waktu-waktu senggang...

Benda yang paling best bila bergelar isteri, dapat mintak tolong ngan hubby buat ape-ape.. Dah terbiasa berdikari sendiri, tapi bila dah ada suami boleh jek nak mintak tolong gi kedai, teman gunting rambut, tolong basuh pinggan.. Rasa best sangat... Alhamdulilah suami sangat ringan tulang membantu.. Rasa-rasa arini kalu buat muke kesian, suami tolong tak kemaskan kotak-kotak baju yang berlambak tuh... Issssshhhh... aku nih bab mengemas memang OUT... lagi-lagi nak lipat baju.. Totally OUT.... help.. help.... :(

Oklah, dah nak pukul lapan lebey... Nak gi buat breakfast.. Arini suami nak makan sandwich ala-ala SUBWAY.. Dari semalam dok pikir-pikir macam mana nak buat.. Kalau jadi nih mesti sedap sampai menjilat jari.. Nyum.. nyummmm....

Btw, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan unit saya yang menghadiahkan saya Grill Pan yang super COOL itu.. Saya sangat suke, dan sangat bergune sekali.. Tuhlaa hadiah kawen pertama yang saya gunekan... Terima kasih yer kawan-kawan...

p/s: Skarang nih asik upload gambar masak-masak kt FB.. Nk upload kat sini, mcm malas skit...

p/ss: Saat paling bahagia, bila tengok hubby makan masakan air tangan sendiri.. Rasa hilang penat tengok dia makan dengan penuh selera... :)

p/sss: Tak lama lagi mesti saya jd cm Mek Mur ngn Mek Lin asik citer pasal masak-masak kat blog... Tp, saya pandai masak lauk jek laaa.. Baking slalu FAIL.. uhuhuhhuu 0 comments

Saya Dah Berkahwin.. ~

Alhamdulilah... Saya telah selamat diijabkabulkan pada 30 April 2010 yang lalu...

6 hari telah berlalu.. Menjalani hidup sebagai seorang isteri, dan buat masa ni sebagai surirumah sehinggalah hujung minggu ini..

Terima kasih Allah kerana menganugerahkan seorang suami kepada hambaMu ini..

p/s: takde mood nak blog, takde gambar nak share.. nak layan hubby yang sibuk main ps3.. nyeee... 0 comments
Related Posts with Thumbnails