The Day I Lost You…

Berat hati sebenarnya nak meceritakan kembali apatah lagi mengingati kembali semuanya..
Tapi… Hanya catatan ini yang boleh ku tinggal kenangan padanya..

Segalanya bermula genap selepas 2 bulan kami berumatangga..
Aku kelewatan periodku..
Hati mula berdebar, mengandungkah aku…
Segalanya terasa terlalu cepat.. Beberapa bulan sebelum ini, aku sering mengalami masalah period.. Jadi, aku tak berharap yang akan dianugerahkan sebegitu cepat…
Untuk menenangkan gelora dihati, aku pergi membeli pregnancy test..
Punyala berkobar…
Malam tu jugak buat test..
Seluruh badan menggeletar tunggu result…
Ya Allah.. Positif.. Aku mengandung ke?
Menggeletar tangan tak abis lagi.. Sambil berlari bagitau hubby..
Dan seperti biasa, hubby rileks je.. Lelaki kan.. Mesti cover macho kan..
Keesokkan harinya.. Kami ke klinik untuk dapatkan confirmation..

Alhamdulilah.. Doktor sahkan kami mengandung.. Kalau ikutkan kiraan, dah 5minggu.. Kegembiraan dan kesyukuran kami panjatkan hanya padaNya..
Kebetulan, pada hari iru kami menyambut anniversary bulan ke 2..
Bertambah-tambah kegembiraan kami…

Minggu ke minggu aku menjalani kehidupan berbadan dua..
Indahnya perasaan apabila mengetahui ada sesuatu yang sedang hidup di dalam diri ini..
Perasaan yang indah bila mengetahui yang diri ini bernafas untuknya, makan juga untuknya membesar dengan sihat..
Namun, diri ini mengalami pelbagai perubahan..
Dari gatal-gatal satu badan, kemabukan di pagi hari, tak boleh bau masakan, pening-pening…

Tapi semua itu, pengalaman indah buatku..
Gara-gara si kecik di dalam rahim ini, buat hidupku kacau bilau..
Kadang-kadang terasa lelah.. Tapi bila memikirkan akan ada benda indah menanti.. Aku tabahkan juga hati ini…
Setiap wanita yang mengandung pasti akan merasa apa yang aku rasa…
Indahnya pengalaman mengandungkan benih kasih sayang antara aku dan suami…

Namun begitu, Allah juga yang menentukan segalanya…
Semasa kandungan berusia 7 minggu.. Aku diserang demam yang teruk.. Terasa badan sangat panas, sampai tak tertahan rasanya..
Aku risaukan kandunganku.. Sedangkan aku sendiri tak tertahan penangan panas badanku, entah macam mana si dia yang berada dalam kandungan…
Sungguh, hanya tawakal dan doa saja yang boleh ku lakukan..
Semoga semuanya selamat…

Dan pada Jumaat yang lalu, aku ke klinik untuk pemeriksaan bulan ke 2 ku..
Kalau diikutkan kiraan, sudah cukup 9minggu..
Acid folic pon dah makin habis..
Sudah cukup masa untuk melihat perkembangan si dia..
Seperti biasa, aku berdebar-debar..
Kalau diikutkan kiraan, sepatutnya 9 minggu si dia sudah punya denyutan jantung, bentuk tangan dan kaki…
Tak sabar nak tengok si dia membesarkan…

Tetapi.. semasa doktor melakukan scan… Hanya rahimku yang membesar yang kelihatan.. Tetapi isinya kosong…
Ya Allah.. Apekah ujian ini..
Aku sudah tak merasa apa-apa ketika itu..
Otakku kosong…
Apakah ertinya ini??
Doktor menyarankan aku menunggu 2 minggu lagi untuk melihat sekiranya ada sebarang perkembangan…

Di rumah, aku hanya mampu menangis…
Pada suami, tumpah segala air mataku…
Aku terasa kehilangan.. Aku tahu sesuatu yang tak mampu aku kawalakan berlaku … Aku akan kehilangan dia dari diri ku…

Kerana tak sabar dan resah, kami dapatkan pendapat doktor pakar..
Esoknya, kami ke klinik pakar wanita..
Doktor melakukan scan lalui laluan bawah..
Dan jelas kelihatan seketul daging di dalam rahimku..
”It’s a bad baby.. Pn kena buang baby ini…” kata doktor..
Kalau baby ini membesar pon, ianya takkan sempurna..
Pembesaran baby tak sempurna dan lambat dari sepatunya..
Dan pada saat itu aku hanya mampu akur..
Aku akan kehilangan si dia…

Pada pukul 3.15 petang, 30 Julai 2010 aku menjalani DNC procedure untuk menggugurkan kandungan ku..
Perasaanku.. Sedih… Sedih kerana aku kehilangan si dia…

Namun begitu, aku cukup bersyukur kerana aku mempunyai meraka yang menyanyangi diri ini..
Suamiku yang sentiasa ada di sisi.. “Awak jangan risau.. Saya kan ada di sisi awak..” Kata-kata itulah yang menjadi penguat diri ini semasa aku terlentang di bilik pembedahan..
Mak dan abah yang sentiasa memberi kata semangat dan nasihat..
Mak dan ayah mertuaku yang sentiasa bertanya khabar..
Dan juga adik beradik yang sentiasa prihatin…

Mungkin ini bukan rezeki ku..
Mungkin akan ada yang lebih baik menanti di masa hadapan…
InsyaAllah segalanya akan bertambah baikkan…

Dan tatkala menaip post ini, air mata gugur kembali..
Cukuplah.. Hanya kali ini saja aku akan menangis..
Aku perlu kuat kembali..
Dan untuk 9 minggu aku mengandungkan si dia.. Banyak perkara yang indah aku alami..
Dan pengalaman selama 2 bulan ini.. Membuatkan aku lebih mengenali suamiku..
Sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan seorang suami yang cukup baik dan memahami diri ini… Dan dugaan ini membuatkan aku lebih menghargai dan menyayangi lelaki itu…

Aku takde apa-apa kenangan mengenai si kecik tu..
Yelahkan.. Orang tua cakap, tak baik beria masa awal-awal pregnanacy…
Sebabnya, kalau jadi sesuatu seperti kejadian aku ni.. taklaa terasa kehilangan sangat…
Bila dah jadi macam ni, barulah aku terasa kebenarannya..

Cuma aku ada menyimpan ini..

IMG_1311[1]
Our first pregnancy.. Two months of wonderful experience.. We loved u with all our heart..

Doa dan harapan for our next pregnancy.. But before that, must go for our second honeymoon dulu.. Kita nak ke mana yer abang??

4 comments

Long Silent

I'm taking a long break from blogging..

Will be back when i feel like to blog again..

Till then.. 0 comments

Asam Pedas Melaka

Hari khamis memang sentiasa ditunggu-tunggu...
Sebabnya boleh bagi alasan takyah masak makan malam..

Jadinya semalam pergi pasar malam nak carik juadah berbuka puasa..
Hubby je yang puasa, saya tak.. Sebab kene sakit perut.. Tak dapat nak puasa..

Bila nak pergi pasar malam tu, awal-awal hubby dah warning..
Jangan nak beli macam-macam..
Ye, aku memang ade sindrom nafsu melampau di pasar malam..
Pantang nampak, semua nak...
Nak murtabak, nak chicken wing, nak kuew teow goreng.. semualaa nak..
Terkejut beruk laki aku masa mula-mula bawak aku gi pasar malam..
Dulu time bercinta tak pernah dapat pergi pasar malam..
Lepas kawen baru tau perangai aku kalau pergi pasar malam.. Ehehheee

Ok, berbalik kepada tajuk..
Korang tau tak lauk ape paling aku alergik kalau nak masak?
Haaaa.. Kalau nak tau..
Asam pedas laa...
Aku memang surrender awal-awal..
Susah tau tak korang..
Susah nak agak air asam nye...
Biasa kalau aku masak, mesti end up jadi lauk asam yang tak pedas.. Uhuhuhuu

So, petang semalam alang-alang ada orang jual ikan kat pasar malam tuh...
Kitorang pon beli laa ikan..
Hubby cakap nak makan asam pedas..
Dia dah jeling mengejek.. "Tau tak nak buat...?"
Isssshhh... Tak boleh jadi ni.. Aku pon dengan muka yakin pon jawab.. "Tau.. Kalau tak tau, tengoklaa internet... " Uhuhuhuu
Akibat keyakinan aku tu, laki aku telah membeli 3 ekor ikan...
Dan aku pulak dibelenggui keraguan yang amat macam manalaa nak masak asam pedas..
Ye, aku orang melaka yang tak pandai masak asam pedas..
Masak lain boleh pulak kan... Dussshh...


Pagi-pagi ni, kepeningan memikir..
Macam mn laa nak buat asam pedas..
Dah la asam pedas ni ada macam-macam gaya masakan nya..
Cuba tengok resipi kat internet..
Hop dari satu blog ke satu blog yang lain..
Tengok bahan-bahannya..
Basic semuanya sama..Cili, bawang, air asam, ikan..
Tapi ada pulak extra bahan yang pelik-pelik..
Masuk kerisik laa, masuk itu, masuk ini..
Aku dah kepeningan..
Amik jalan mudah, tanya je hubby..
Lagi pon dia yang nak makan kan...
Hubby kan teror masak, cuma semenjak kawen je dia pencen dari aktiviti memasak ni..

Perbualan suami isteri.. setelah isteri kepeningan tgk resipi macam-macam kat internet, baru nak tanya suami sendiri.. Uhuhuhuu...

me: asam pedas ikan ade buh serai ke bang?
Ahmad: yup
me: kerisik ade ke? byk benar caranyee
Ahmad: nk pki kerisik watpe? awk amik resepi mane ni?
me: tgk kt internet..ehehheee...
Ahmad: cet.. xyah... senang je.. bwg putih, besar, belacan, kunyit idup...
tumbuk atau mesin.. gorg smpi naik bau... masuk cili.. n tumis smpi pecah
minyak.. pastu letak ikan... ikan dah nk masak masukkan air asam.. sayur
ikut suka... itu je.. nape siap nk pki kerisik ni... nak wat masak lada bole le..
me: mana sy tau.. sy tgk2 resipi org lain.. siap nk kerisik bagai.. tu yg saya tanya...

Haaaa.... Siap tu kate senang je.. Alahai bang, asam pedas laa kelemahan isterimu ni.. Biasa makan orang lain masakkan.. Itu yang tak pandai-pandai...

So, kesimpulan dari cerita ni.. Akhirnya aku call mak mertua aku je..
Mak lebih mengerti selera suami..
Kalau rasa tak sama pon, at least cara masak tu samakan.. ehheheh
Petang ni nak cuba buat..
Doa-doa laa menjadi dan sedap.. 0 comments

Germany And The Famous Octopus

Demn you paul...
Abis lintang pukang teamku bermain gara-gara terpengaruh dengan octopus itu...
Ape nih meramal-ramal sape menang...
Tak patut tau...

Pemain German pon satu.. Langsung tak perform, tak macam masa lawan dengan England and Argentina..
Uissssh... Geram ok..
They should be in the final if they play like they used to play..
Terus melupakan hasrat nak pergi Germany lepas ni...

Oooooooooookkkk...
Abis sudah World Cup untukku.. Tiada lagi api yang membakar semangat untuk tengok World Cup..
And for the final... I reserve my comment.. Dua-dua team i tak minat.. Tido lagi baik.. 1 comments

Bebelan

Mula-mula dulu, asik rasa nk makan je..
Pantang nampak makanan, rasa nak masuk dalam perut...
Naik jugak berat ni, sampai 2 kilo..
Punyalaa asik makan je...

Lepas tu, selera mula hilang...
Rasa nak makan, tapi bila ada depan mata langsung tak nak...

Kemudiannya, kene gatal-gatal pulak..
Abis tergaru-garu satu badan..
Garu-garu, gatal-gatal...
Rasa nak nangis je sebab gatal melampau..
Bubuh bedak berubat konon boleh kurangkan gatal..
Tapi tak jugak hilang..
Tido malam, hubby pegang dua-dua belah tangan..
Tak kasik tangan tuh buat projek garu-garu masa tido..
Lepas 2 hari gatal makin kurang...

Lepas gatal, sekarang ni asik nak muntah je..
Berat dah turun balik..
Hurrmm, dah mula risau..
Kene jugak paksa makan.. Tapi tiap kali isi makanan..
Rasa nak terkeluar-keluar je balik..
Muntah sampai meleleh-leleh air mata...
Rasa nak sandar je kat diding toilet...

Ok, pelengkap pakej...
Kepala dah mula pening...
Berdenyut-denyut menarik segala urat kepala...

Tapi.... Semua benda ini ada hikmahnya...
Saya kena sabar..
Sabar untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain....

p/s: aritukan, punyalaa nak makan ketam goreng cili sebab ternampak signboard restoran ketam tepi jaln... tapi sejak gatal-gatal lepas makan udang 2 ekor, terus ilang rasa nak makan... rasa-rasanya kene selalu tengok iklan makanan, baru rasa nak makan kot...

p/ss: sekarang ni saya nak makan sup.. tekak asik nak sup cendawan, sup ayam, sup tulang.. segala macam sup.... kat mn kedai sup yang best, bgtau skit! 0 comments

Sabar Itu Lebih Baik

Sakit betul dada ni bila marah-marah..
Arini tak pasal-pasal kene attack dengan orang lain..
Dah la bukan pasal kerja sendiri..
Pasal kerja yang... mmmm... big boss tak minitkan pada sesiapa lg.. So, tak boleh blame pada sesiapa.. Sebab memang tergantung macam..

Yang menyakitkan hati, boleh pulak sound orang cakap:
"saya tak nak tau proses dalaman kamu, just follow up isu ni.."

memang nak kene sumpah jela kan.. mendidih je darah muda aku ni.. opppss.. muda lagi ke..

bila pikir-pikir balik, tak dapat pon memo ape-ape lagi pasal tugasan tu..
So macam mana nak follow up..
Memang aku kene marah free-free je petang ni..
Malas nak pikir..
Balik masak lagi baik...

Issssssssssshhh... Paling geram kene marah dengan orang lain, dan sebenarnye kesalahan tuh datang dari dia sendiri..
Sabar-sabar.. Untuk diri sendiri dan untuk orang lain..
Kalau tak memang dah menjerit aku dalam opis ni..

Azam sampai tahun depan: berbuat baik sentiasa, supaya ada insan lain pon boleh jadi baik... :)

p/s: kalau jadi surirumah best gak ek.. tak yah kene marah tak pasal-pasal.. tapiiiiiii.. nanti takde gaji sendiri.. nak susahkan suami mintak itu ini tak best plak rasanye.... tapi yang paling tak best bila takde gaji sendiri adalah tak dapat shopping-shopping... uhuhuhu... nak beli seluar baru, seluar dah ketat.. :P 0 comments

Happy Things...

It was a magic moment..
No word can explain the feeling that i had...

Thank you Allah.. Pada Mu jua hamba Mu ini memanjat kesyukuran...
Terima kasih di atas segala nikmat yang diberikan oleh Mu..


1 comments
Related Posts with Thumbnails