English Is Fun..

Speaking a foreign language such as English, Hanguel or Japanese is a skill, its not a knowledge.. You need to practice and make the language apart of you to master it.. That is what I learned from my English course this week.. It really feels like going back to school, waiting for your teacher to come in the classroom and doing lots of fun activities…

I attended the Spell It Right course conducted by Institute of Diplomacy and Foreign Relations Malaysia. We had 3  very experienced lecturer and it’s about 25 of us in the class.. We really learned a lot during the course especially on how to improve our pronunciation and our communication skills.

IMG_2023[1] 

Some of the pictures from our group activities.. Everybody need to speak in front of the class.. No excuse taken..
IMG_2028[1] 
IMG_2051[1] 
Ms Joyce is listening to our communication activities.. Just say anything that came into your mind.. Its a spontaneous dialogue conversation…

IMG_2066[1] 
Debate activities.. Berketar-ketar pale lutut nak berdebat.. Ohhhhh.. I left my debate life looong ago.. Uhhuhuhuuu…

And also, last but not least must tepek my picture right..

IMG_2060[1] 
While other groups are busy with their debate presentation, i’m busy taking photographs of others.. hehehheee…

4 comments

Berjaya Mengeluarkan Batu Karang

Kejadian ni dah lama dah jadi, tapi baru nak update.. Alhamdulilah.. pada 31 Ogos 2010, disaat semua rakyat Malaysia sedang berkobar-kobar menyambut Hari Kemerdekaan… Abang sedang berhempas pulas memerdekakan dirinya dari batu karang.. Antara pukul 6.30 pagi, aku terdengar abang menjerit kegembiraan.. Aikkk.. Apesal laa pulak laki aku ni menjerit pagi-pagi buta.. Nak kata lapar, baru je lepas sahur…

Rupa-rupanya… batu karang dah berjaya dikeluarkan.. Happy bukan main lagi.. Harap-harap lepas ni, taklah kene lagi.. Memang terseksa abang masa kena batu karang tu.. Berpusing-pusing menahan sakit…

IMG_1690 Itu dia batu karang yang dikeluarkan oleh abang… Macam mana batu tu dikeluarkan tanya sendiri pada lakiku.. Tak dapatku nak explainkan.. Yang sure mesti sakit yang amat.. Lain kali, kalau naik buang air kecil jangan tahan-tahan.. Kalau tak, dapat lagi cenderamata seperti di atas ye kawan-kawan…

4 comments

Household Hunting @ HOMEDEC

IMG_2019[1] 
Oooohhh.. Rambang mataku di HOMEDEC yang lalu.. Kalau boleh nak je rumah baru nanti  dihias dengan design-design yang terkini yang sangat menarik.. Tapi… kenalah tengok budget ye.. Kalau tak kang, ada je abis 12ribu semata-mata kat kitchen cabinet… Sungguh tak berbaloi.. Lainlah kalau umah ku tuh rumah agam ke apa.. Harusla budget melampau-lampau.. Hehehhee…

Week 1 ni, lebih kepada design untuk rumah.. Banyak booth untuk kitchen cabinet, hood, hob, built in oven, wall paper, grill, roof dan banyak lagi.. Ujung minggu ni pulak untuk furnishing.. Ada booth furniture, electrical appliances, barang-barang pelengkap rumah…

Akhirnya setelah berpusing banyak kali, kami berjaya membooking hood, hob dan built in oven dengan harga menarik.. Bayar dulu deposit, bila nak pasang nanti baru bayar balancenya..

IMG_2013[1] 
Kami book product ni.. Dah terbayang-bayang built in ovenku itu.. Boleh bakar banyak-banyak biskut dalam satu masa.. Hahahaha..

Lepas tu, kitchen cabinet just survey syarikat je.. Nanti nak pergi terus deal kat kedai.. Sekarang ni exact ukuran umah pon tak tau lagi.. So, susah nak agak..

Tapi… nak dijadikan cerita.. On the way back tu.. lalu la kat booth-booth ni.. Pastu, boleh pulak sorang brader ni ajak try minum air dari water purifier syarikatnya… Mula-mula kitorang yang haus ni, amik je la air dia tu.. Uissshhh.. Sedap laa pulak.. Air kosong sedap korang time-time haus dan lapar tu.. Tengah-tengah minum tu, brader salesman tu mula mencucuk jarumnya.. Suamiku dah terbeliak-beliak mata tengok produk air tu.. Dalam hati dah agak dah.. Ni mesti tersangkut beli produk air ni…

IMG_2015[1] 
Water purifier system… Air bersih untuk kehidupan sihat.. Cewaaaahhh…

IMG_2016[1] 
Gaya-gaya customer dah termakan pujuk.. Focus betul dengar brader tu explain…

IMG_2018[1]

Disebabkan water purifier ni memang sangat diperlukan sebab sekarang ni kitorang minum air masak yang terus tanpa ditapis-tapis, kami pon setuju nak menyewa water purifier ni.. Lagipon, hubby kan ada masalah batu karang.. So lepas ni boleh minum air bersih puas-puas.. Dah tak yah pening nak carik penapis air lagi…

Minggu ni nak pergi lagi HOMEDEC.. Yehaaaa… :)

0 comments

Open House Sana Sini..

Urmmmm... Tak jadi la kurus nampaknya....

Xpe, abis je Syawal kita diet yer...

Weeehooo.... 0 comments

Raya Pictures..

Hari ni dah berapa Syawal.. Ingat tak? Hari ni dah masuk hari ke 14 Syawal.. Kejap je kan masa berlalu.. Dari sibuk buat persiapan puasa, hari-hari bangun masak sahur, bertarawikh, sibuk membakar biskut raya… Tiba-tiba dah 14 Syawal je.. Betapa masa berlalu dengan laju.. Alhamdulilah, raya kali ni puas jugak bercuti.. Seminggu lebih, beraya di kedua-dua kampung.. Almaklum la, kampung kami berdua bersebelahan je.. Kejap kat umah mak, kejap kat umah mertua.. Macam chipsmore.. Kejap ada, kejap tak de.. Hehehee…

Pertama kali beraya sebagai suami isteri sungguh berbeza dari masa bujang dulu.. Kalau dulu sibuk bising ngan adik-adik, kejutkan diorang bangun di pagi raya.. Tapi kali ni melayan suami pulak.. Selain tu, keluarga bertambah besar.. Berpeluang beraya dengan ipar duai pulak.. Pagi-pagi lagi kami dah bersiap, sebab nak jumpa mak ngan abah dulu pagi tu untuk mintak maaf. Dalam kol 6.45pagi gerak gi umah mak, tak sampai 5 minit dah sampai.. Hehhehe.. Dekat sangat… Lepas bersalam-salam ngan mak dan abah, balik semula ke umah mertua.. Sambung sesi bermaaf lagi…

IMG_1788 IMG_1791 Mohon ampun dan maaf dari mak ngan abah.. Mak happy le tu, first time beraya dengan menantu lelaki tunggalnya… :)..Psssst.. Mak, nak duit raya.. Hahaa….

IMG_1793 Ni adik aku no. 2.. Pagi-pagi raya dia dah buat kecoh sebab baju melayu dia “besar”.. Padan muka, sape suoh tak fitting sebelum tuh.. Kalau tak sempat je nak alter…

IMG_1798 Mak and abah…

Yang ni pulak, dua orang budak kecik yang memeriahkan hari raya kali nie.. Dua orang sepupu ni memang rapat… Gaya haikal ni macam budak besar je, sedangkan baru 6 bulan lebey… IMG_1805 Suke tengok gambar ni.. Time ni, Emy (mama haikal) tengah amik gambar.. Kebetulan serentak kot, so gambar ni jadi macam over lighting.. Comel sebab dua-dua muka macam terkejut.. Hahaha…

IMG_1813 Abang tengah tolong pakaikan sampin Ateh yang nak pergi bernikah beraya... ;P

IMG_1819

Disebabkan masa pagi raya tu hujan dan tengahari pulak ada semayang raya, 1 Syawal kali ni macam rushing skit.. Lepas salam-salam, terus pergi semayang raya.. Pastu terus gerak ke rumah-rumah sedara.. Punya nak cepat sampai terlupa amik gambar keluarga belah mertua.. Ada pon gambar snap-snap je…

Begitula ceritanya beraya kali ini… Kalau ada umor yang panjang, InsyaAllah bertemu di Syawal akan datang.. Happy Syawal kawan-kawan…

Btw, saya tak buat open house tahun ni.. Tapi sesiapa yang nak datang beraya adalah dialu-alukan.. Make sure call dulu sebelum nak datang tau.. Kalau main terjah je, minum air kosong jelaa maknanya… :P

0 comments

Abis raya dapat ape...?

Dapat berat berkilo-kilo.. ehhehhee.. Masa puasa punyala payah nak kurangkan.. Bila tiba raya, makan macam-macam terus kembali ke berat asal.. Aishhhhh.. Lemak-lemak sudah kembali bergembira diperut ni..

Ntah kenapa, i'm having this giggling sensation in my stomach sejak pagi tadi.. Giggling sensation tuh ape erk? Rasa tak sedap hati kot maknanya dalam malay language kita.. Hurmmmm.. Kenapa rasa begini?

Lagi satukan... Ada owner yang setaman dengan rumah baruku dah dapat surat amik kunci rumah.. Yeehaaa.. Tak lama lagi nak pindah umah baru hak milik sendiri.. No need to sewa-sewa anymore.. Umah baru nk buat konsep ape erk.. Simple moden kontemporari ke..? Hah, amik ko sekali 3 konsep dalam 1.. Yang penting tuan rumah suke hati tgk rumah kan.. Hehehe

Minggu ni jom serbu HOMEDEC ye abang.. =) 2 comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah

Hari ini dah 5 Syawal, tapi masih belom terlewat sekiranya dikesempatan ini saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua di atas semua salah dan silap.. Semoga tahun akan datang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya…

Tahun ini kali pertama menyambut Syawal bersama suami tercinta.. Dan kali ini juga pertama kali menyambut raya di dua buah kampung serentak.. Kampung suami dan kampungku bersebelahan, jadi kejap ke sana, kejap ke sini.. Seronok sebab berjumpa ramai saudara di hari raya kali ini…

IMG_1804 Bergambar di pagi Syawal…

IMG_1801 
Kami sekeluarga…

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. :)

0 comments

Kilang Biskut Raya

Yess.. Saya telah berjaya menyiapkan biskut-biskut untuk hari raya ini.. Untuk umah Mak 4 jenis biskut, untuk umah Mertua 4 jenis gak dan untuk umah kami berdua 5 jenis.. Sakit-sakit pinggangku nak menyiapkan semua biskut-biskut ni.. Tapi memang puas hati bila dapat buat sendiri biskut-biskut..

Kalau tengok kat shopping kompleks, memang berlambak jual biskut raya ni.. Tunjuk je mana suka, pastu bayar.. Memang la mudah kan kalau macam tu.. Tapi nanti tak tau pulak sedap ke tak.. Jangan cantik je, tapi bila makan tak sedap.. So, buat sendiri lagi baik.. Nak buat bentuk mana pon, bergantung pada kita..

Untuk projek kali ni, kami (me and hubby) guna 2 biji oven.. Cepat skit proses membakar.. Tak sampai sejam lebey satu dough biskut dah siap.. Satu adunan biasanya boleh mencapai 100biji biskut… Satu jenis tu kene buat 3 aduanan..

IMG_1761Aktiviti membakar tu buat kat hall, lapang skit.. Sambil-sambil buat biskut, bleh tengok tv skali… Alas tempat kerja dengan tikar getah, senang nak mengemas lepas siap buat biskut…

IMG_1762 Hubby tengah tolong masukkan biskut mazolla dalam bekas.. Bekas botol tudung merah tuh dah beratur kat atas meja, tengah menunggu untuk diedarkan je bila balik kampung nanti...

Tinggal beberapa hari saja Ramadhan kan.. Terasa kejap je.. Tak lama lagi dah nak beraya.. Dah kene packing baju.. We’re going for a long holiday this raya.. Yeaaayyy… :)

0 comments

Iftar Sana Sini

Semalam sempena 24 Ramadhan, kami berbuka puasa di Santai Cafe, Tasik Sri Permaisuri. Majlis iftar ni anjuran kelab sosial tempat keje hubby.. Saya memang la happy nak join iftar ni sebab tak yah pening-pening balik keje nak masak apa.. Saya rasa semua wife pon akan pening nak pikir menu berbuka kan.. Lagi-lagi saya ni masak untuk berbuka dan sahur juadah yang berbeza… Lagi pening nak pikir apa nak masak.. Last-last menu default buat sambal je laa.. Huhuhuu..

Disebabkan tempat majlis dekat je ngan rumah, kitorg pon merempit je pergi cafe tu.. Amik gambar pon lepas berbuka sebab sampai-sampai dah dekat nak berbuka kan.. Terus duduk, dan tunggu azan je..

IMG_1745 IMG_1748 IMG_1749 
Yang kitorang makan ni ala-carte, tapi ada jugak hidangan buffet ramadhan disediakan.. Harga buffet lebey kurang RM15 kot, tak ingat sangat sebab tengok seimbas je banner kat luar cafe tu..

Food dia pulak.. Urmmm.. I tasted better seafood dishes before.. Takdela tak sedap, tapi bagi saya makanan dia biasa-biasa je.. Boleh diperbaiki lagi kot.. Bahan-bahan dah banyak, cuma rasanya kurang…

IMG_1751IMG_1756  Kitorang lepak sampai 8.30 lebey kurang.. Borak-borak jap, amik-amik gambar, pastu semua balik selesaikan tujuan masing-masing..

IMG_1755 Tapi sebelum balik seperti biasa amik dulu family photo.. :)

** Genap seminggu lagi nak raya… Weeee.. Best nye…

0 comments

4 months..

Ye..ye.. Tau dah 4 bulan kahwin, tapi gambar kahwin satu pon belom tampal kt blog ni lagi.. Maaflaa yer.. Masa mula-mula kahwin dulu super busy dengan life baru.. Gambar pon lambat dapat dr photographer.. Tertangguh-tangguh sampai terlupa..

Ade 4 DVD gambar, pening pale den nak pilih yang mana satu nak tampal kat sini... Tengoklaa mcm mana.. Kalau rajin time cuti-cuti nanti tampal gambar kahwin kat sini.. Nak cuci gambar pon tak sempat u all.. Macam busy sangat je kan aku ni...

Sempena 4th month annivesary, saya tepek gambar ini...

Kami setelah selamat diijab kabulkan..

After 4 months of marriage saya masih kekalkan berat badan masa time majlis ni.. Daku sangat berbangga dengan pencapaian diri sendiri.. Tapi tak tau nape, kalau amik gambar muka nampak tembam semangkuk.. Adusss.. Nak kuruskan pipi...!! Tapikan tembam itu kan tanda bahagia..~ Pepandai je buat pepatah nak sedapkan hati sendiri...

Ini gambar ntah dari mana.. Nanti cari gambar yang original.. Gambar ni blur, tak cantik sgt.. :P

Sebelum abis post ni, terima pepatah baru dari saya... :)

Bercinta sebelum kahwin itu indah, cinta selepas kahwin itu kebahagiaan abadi... (ewaaahh, jiwang pulak kan... hehehe)
0 comments

The Birthday Celebration

This is the first year, me celebrating my birthday dengan hubby.. Mula-mula ingat takdelah nak celebrate ke ape kan.. Sbb tengah bulan puasa, so malas nak sambut-sambut ni.. Tapi dalam kata tak nak sambut, akhirnya sampai ke OU kitorang celebrate my birthday dan sambut sekali belated birthday my best friend, Syafinaz aka Pnut.. Birthday Pnut seminggu awal dari birthday saya.. Kalau Surianah ada, boleh join skali sambut birthday beramai-ramai…

Nak buat birthday celebration ni idea suami pnut, dan my hubby pon complot skali untuk mensurprisekan isteri masing-masing.. However, plan untuk surprise tuh tak bape jadi sebab at last terbongkar jugak plan mereka.. Hehehe.. Walaupon dah tak surprise, majlis tetap meriah dengan gelagat Amni dan Ahnaf..

Kami gerak dari umah dalam pukul 4, sebelum tu hujan sangat lebat.. So, decide untuk keluar awal.. Paham-paham jela OU tuh macam mana kan.. Lagi-lagi time public holiday ni, mau panjang beratur nak carik parking.. Sepanjang perjalanan pon hujan..

IMG_1702[1]Gambar nak menunjukkan keadaan yang hujan lebat sepanjang perjalanan.. Konon teror laa kan amik gambar mcm ni.. Hahaha.. Rintik air hujan…

Dan memang betul pon jangkaan kitorg, berderet kereta beratur nak masuk OU.. Tu belum lagi berhimpit-himpit nak carik parking.. Akhirnya kitorang parking je kat dataran, jauh sikit tapi senang.. Tak yah nak himpit-himpit kereta orang lain..

IMG_1698[1] 
Sempat laa bergedik ambik gambar dalam kete masa tengah jem tu.. Hubby buat muka boring.. Hahaha.. Nasib baik bukan i yang drive..

Sementara tunggu Pnut dan keluarga sampai kitorang pon jalan-jalan pusing OU carik hadiah birthday… Saja-saja nak window shopping, OU pon takde jual baju raya sangat.. Baju casual banyakla kan.. Dalam kol 7 tu, asrol call hubby cakap diorang dah sampai.. Saya pon buat-buat muka surprise bila nampak Pnut.. Pnut tak tau yang hubby dh bgtau saya plan nk celebrate birthday tu kat saya awal-awal dah.. Diorang ingat saya tak tau plan diorang.. Pnut ngan family siap sembunyi belakang signboard, konon-konon nak surprise.. Saya pulak buat muka penat berjalan pusing shopping center pastu cakap…”Apa korang buat kat sini? “.. Hahaha.. Tak pandai langsung aku berlakon..

Kitorang celebrate di Seoul Garden.. Makan kambing 2-3 ketul terus rasa pening… Haisssh,.. Memang saya dah tak boleh makan kambing agaknya… Oklah, enjoy the pics..

IMG_1711[1]IMG_1721[1] IMG_1722[1]IMG_1718[1]IMG_1716[1]Sesi memasak bermula, punyala ramai orang beratur nak amik makanan masa nak berbuka tu… Orang yang tunggu nak masuk makan pon ramai.. Nasib baik dah buat booking, datang terus makan je..

Banyak round gak la kami makan.. Siap gi solat dulu, pastu sambung makan sampai kedai tutup..

IMG_1712[1] 
Amni makan tembikai… Mula-mula je nak duduk dalam kerusi tu, last-last duk bawah gak…

IMG_1714[1]  Ahnaf baru bangun tido.. Stil mamai-mamai lagi time ni..

IMG_1715[1] Senyuman gaya Amni, rambut gaya Messi.. :P

IMG_1720[1]IMG_1731[1] Macam biasa lepas dah abis makan, sesi berborak-borak.. Saya pulak dok sibuk nak kacau amni.. Konon nak bawak balik ahnaf.. Melalak anak dara tu bila saya amik adik dia..

IMG_1725[1] 
Suoh ahnaf pusing tengok camera..

IMG_1726[1] Tengok muka amni tahan nangis.. Nak nangis sebab saya nak amik adik dia.. Hahaha…

IMG_1728[1] Gambar solo mesti nak letakkan.. :P

Lastly, majlis diakhiri dengan sesi makan kek.. Tapi kek dah cair sebab dalam restoran tu panas.. Beli pulak kek ice cream.. Memang laa cair dengan jayanya..

IMG_1733[1] Ade nampak tak bentuk kek? Bunga pon dah slide sampai bawah.. Tak dapat asrol nak pacak 27 batang lilin atas kek tuh.. Uhuhu.. Tapi abis licin gak, sebab keknye sangat sedap.. Nyummm…

Sebelum balik amik family photo dulu..

IMG_1738[1] IMG_1740[1] Lepas makan, sambung jalan-jalan pusing OU jap.. Pukul 10.00 kitorang pon balik sebab nak kejar tengok Syurgamu Ramadhan..

Terima kasih kepada penganjur majlis, Asrol kerana menganjurkan majlis ini.. Tahun depan kita buat lagi ok.. Tapi, tahun depan birthday jatuh time bulan puasa lagi ke?

To hubby, I love you abang.. Terima kasih untuk segalanya.. :)

0 comments
Related Posts with Thumbnails