Bila Year End Sale Tiba..

hati rasa digamit-gamit untuk bershopping kan.. Betul-betul mengugat keimanan aku.. Kalau diikutkan hati, memang nak je ajak suami pergi shopping-shopping.. Beli baju ke, beli handbag ke, beli kasut.. Hahahaha.. Macam-macam laa kan nak beli.. Pembaziran betul..

Sejak-sejak dah berumahtangga ni, memang aku rasa kurang sangat-sangat nak bershopping.. Sila salahkan sang suami yang memang tak berapa gemar nak shopping.. Aku ni pulak kalau takde yang teman, memang la tak shopping.. Last shopping masa nak raya hari tu, itu pon bila aku dah bising-bising kat laki aku suoh beli baju barulah nak pergi beli.. Shopping pon kat JJ depan umah.. Uhuhuhuuu..

Bagus jugak bila kurangnya aktiviti bershopping ni.. Dapat gak menyimpan duitkan.. Dari beli benda yang bukan-bukan.. Simpan duit untuk baby.. Kalau ikut perancangan aku, nak mula beli baju bila perut dah besar.. Mayb bila dah 5-6 bulan nanti rasa dah kene beli baju baru.. Tapi... time tu dah tak YES.. Kalau nak beli sekarang boleh tak.. Hahahaha.. Tak menyabar-nyabar pulak ko ni atul...

Lagi satu yang geram bila tengok iklan sales barang-barang baby.. Hari-hari dok citer kat laki aku, abang ade sale baju baby... Murah-murah.. Laki aku buat dek je.. Malas nak layan citer aku.. Sebab dia tau tak boleh beli lagi.. Mak ngn mak mertua aku dah pesan, bila dah 6 bulan lebey baru boleh beli baju.. Awal-awal ni tak boleh.. Pantang orang tua-tua..

Time tu bulan Februari, rasa-rasa ade sale tak.. Ooooo.. Mungkin boleh beli masa sales CNY... Risau sangat macamla Malaysia ni jarang sale.. Kalau pergi SOGO tu, tiap-tiap minggu SALE.. Tak pernahnya tak sale... Risau tak bertempat...

Lepas abis selesaikan hal rumah ni, boleh la mula dengan aktiviti melengkapkan keperluan baby pulak.. Yang ni pon kene buat budget list jugak.. Nanti kang, tak pasal-pasal over budget... Oh, xsabar rasanya nk bershopping baju si kecik..

Btw, sekarang ni, baby suka sangat nak kick-kick tau.. Kadang-kadang kick 3-4 kali pastu stop.. Tengah mengigau main kick-kick kot anak aku ni..

Tp semalam, aku dapat rasa baby dah mula paham perasaan aku..
Aku dok la main game kt handphone aku.. Ade PSP, tp game susun-susun block tu jugak yang aky suka..
Tengah aku main-main tu, sekali macam dah nak kalah...
Aku excited, tekan-tekan.. Sekali tengah aku emosional rush sebab dah nak kalah tu..
Baby kick dari dalam.. Bam,bam,bam dia kick..
Terus aku terkedu..
Aik, baby pon excited gak ke tak nak kalah.. Uhuhuhuuu... (^-^) 0 comments

Pregnancy @ 16 weeks..

errrr… maybe 17 weeks according to my ultrasound… Disebabkan saya tidak mengalami last first day period sebelum conceiving this pregnancy, jadi due date hanya bergantung kepada tumpembesaran baby dari bulan ke bulan..  Semalam, semasa check-up untuk bulan ke 4, doktor cakap baby pembesaran bay sudah 17 minggu dan due date telah menjadi lebih awal dan dijangka pada awal Mei tahun hadapan… Takpela, awal bulan ke, tengah bulan ke.. yang penting baby lahir dengan sihat..

Ok, jom tengok progress untuk bulan ni:

Progress saya:

  1. Saya sudah 55.85 kg, pertambahan sebanyak 1kg dari bulan lepas.. Masih lagi in track.. Saya kalau boleh memang taknak berat sangat, nanti susah nak turunkan berat kalau berlebihan.. Lagi satu tak baik untuk kandungan kan..
  2. Morning sickness semakin kurang.. Kadang-kadang muntah sebab terlambat makan dan perut masuk angin.
  3. Sudah boleh kembali bekerja seperti biasa..
  4. Sudah boleh masak dinner untuk suami.. No more makan luar..
  5. Saya tak suka nak makan kat kedai, kecuali kalau betul-betul terdesak.. Kalau makan masakan sendiri, mesti bertambah.. Kalau makan kat kedai, sepinggan nasi pon susah nak habis.. Cara masakan orang lain tak kena dengan selera kot..
  6. Mengidam… urmmm.. Banyak mengidam buah-buahan je.. Nak cermai lah, mangga lah, mata kucing lah…
  7. Kalau minum air banyak sebelum tido, akan bangun setiap sejam untuk buang air kecil.. Uhuhuhuuuu..

Baby’s progress:

baby16weeks Seperti di dalam gambarajah… ehehhee..

  1. His heart is beating normally;
  2. Tulang belakang sudah jelas kelihatan, begitu juga dengan his brain;
  3. Hands and legs are developing well; and
  4. His BPD (biparietal diameter) is 37.1mm.

According to my reading, we already can define the baby’s sex during the ultrasound within this period.. However, i think our baby is to shy to show that secret to us.. Asik kepit kaki je semalam.. So, we can’t see anything.. Tapi tak pelah, biar kasik surprise.. Atau mungkin next time baby will show either it is a boy or girl.. :)

Other than that, i have a few appointment this month..

  1. 8th December – Checkup @ Klinik Komuniti Seri Kembangan + MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) during that appointment… T__T Second check up sudah kena MGTT tau.. Ni semua sebab ada keturunan diabetis..
  2. 21st December – Checkup with gynecologist @ Klinik Komuniti Seri Kembangan. Full baby scan.. Due to unsure delivery date..

Saja letak kat sini jangan kasik lupa.. Looking forward for the 5th month development.. :D

2 comments

Progress Renovation : Grill

Alhamdulilah, grill dah pon siap pasang.. Untuk grill rumah ni, kitorang tempah wrought iron untuk pintu depan dan grill biasa untuk yang lain-lain.. Ingatkan nak semua wrought iron, tapi sila tengok poket sendirilaa kan.. Kalau tebal bolehla.. Kalau biasa-biasa punya budget, kira grill yang kitorang pilih ni masih lagi dalam budget…

Masa pilih aritu, ingatkan design yang kitorang pilih ni simple je.. Ade lengkok bunga-bunga skit.. Dari dulu pon kata nak design rumah simple-simple but nice gitu.. Tapi semalam bila kontraktor pasang, dua-dua tersenyap tak terkata ape…

IMG_2264 Haaaa… Siap ade bunga ros menglengkuk semua haa.. Ni simple apenye.. Bunga ros tu pulak seketul-seketul tu.. Uhuhuhuuu.. Cantik tu memang la cantik, tapi terlari konsep skit.. Aku cakap kat hubby.. “Dah macam pintu umah mak datin.. Ehehhehee…”

Tapi takpela, ni kira ok dari takde grill langsung.. Dari pakai grill kotak-kotak biasa, kira ni jauh lagi baik… :D

IMG_2265 Grill kat sliding door..

Lain-lain kitorang pakai yang biasa je.. Tapi warna sama macam warna wrought iron kat pintu depan..

Yang buat grill kitaorang ni, kontraktor melayu.. Terus terang aku cakap, kalau kontraktor Melayu ni aku ade skit kurang percaya.. Bukan ape, dari pengalaman dulu masa mak buat renovation rumah, memang hasil kerja tak memuaskan.. Pastu suka nak menipu tau, janji lain tapi bila buat lain.. Pastu duit nak cepat.. Rumah arwah atok kena macam tu jugak.. Beribu jugakla arwah kena tipu masa buat rumah baru dulu…

Tapi, alhamdulilah kontraktor grill kitorang ni ok.. Nama dia En Zamri.. Senang laa nak deal ngan dia… Call mintak datang rumah, pastu nanti dia bagi qoutation.. Kalau nak book dengan dia, bayar deposit skit pastu bila dah siap pasang baru bayar penuh.. Semalam pon dia bagi seting cat untuk kitorang.. Dia cakap kalau tengah renovate biasa senang tercalar sebab orang keluar masuk buat kerja kan, so kalau ada calar touch up je ngan cat tu…

Keseluruhannya, aku rate servis dia 8/10.. Sebab servis memang ok dan menepati masa.. Suma ada sikit finishing yang tak berapa nak kemas sangat.. Tapi dari segi value of money kira oklah.. Untuk yang budget sempit-sempit tapi teringin nak pakai wrought iron boleh la try servis En Zamri ni.. Bengkel dia kt area Dengkil, tapi lagi senang korang call je : 0193432143.. Nanti dia datang rumah terus.. :D

IMG_2266 Depan rumah yang penuh dengan barang renovation…

Sekarang ni, kontraktor tengah dalam proses pasang plaster siling.. Rumah penuh berabuk.. Macam mana agaknya bila nak mengemas nanti.. Huhuhuuu…

4 comments

Longan King

Masa lunch hour td, pergi rumah baru jap..
Tengok orang pasang grill..
Alhamdulilah, ok je pakcik tu buat keje...

On the way back tu, lalu la kat bulatan UNITEN..
Meriah amat round about tu, macam ada pasar malam..
Kereta berderet..

Sekali tu terpandang lori jual buah...
Ade signboard tulis "LONGAN KING"..
serius terus merembes-rembes air liur ni..
Sedangkan aritu baru je makan...
Tapi aritu makan longan biasa je...

Bila nampak lori yang ade buah longan tu, hati berdebar-debar...
Nak berhenti ke tak.. Nak ke tak...
Punyala lama nak decide nak beli ke tak.. (Aku malas nk berhenti kereta sebenarnya..)
Tau-tau je dah lepas lori tu... Dah tak boleh berhenti sebab kereta banyak tepi-tepi tu...
Terus menyumpah dalam hati.....
Serius aku nak longan king tu.... Mengidam..mengidam..
Menyesal tak sudah sampai sekarang... T___T.. sob..sob...

***Kalau la, aku beli tadi.. Memang aku baham longan tu kat opis ni jugak... Aishhhh, teruk betul perangai orang mengidam ni wei... Esok nak pergi beli time rehat, tak kira!! 0 comments

Progress Renovation : Table Top Konkrit

Sejak dapat kunci umah baru aritu, me and hubby memang sibuk menguruskan hal renovation rumah.. Memandangkan ini rumah pertama kitorang, dan dua-dua takde pengalaman langsung dalam hal-hal renovation rumah ni, banyak masa dihabiskan untuk memikirkan apa nak buat dengan rumah baru ni.. Sebenarnye, banyak masa dihabiskan untuk mencari quotation yang murah dari kontraktor-kontraktor.. Memang hujung minggu dihabiskan dengan mencari quotation daripada kontraktor.. Dan alhamdulilah, setakat ni perkara-perkara major yang nak kena buat, dah mula dibuat..

Antara renovation yang kami buat ialah:

  1. buat plaster siling – ni pon buat yang paling simple je, sebab umah kecik saje.. takde kerawang-kerawang pon
  2. table top konkrit – sebab kami ni kaki masak memasak, dan suka nak tumbuk-tumbuk belacan, cili buat sambal belacan.. kenala ade table top yang kuat skit kan..
  3. wiring
  4. grill – penting ni, kang ade umah kena masuk pencuri pulak..
  5. kitchen kabinet (KC)

Semua ni dah deal dengan kontraktor.. KC nanti kontraktor akan datang ambil ukuran baru, grill pulak insyaAllah esok pasang.. Plaster siling pulak dalam minggu ni mula kerja.. Berdoa sangat kontraktor-kontraktor ni buat kerja elok-elok dan cantik..

Ok, berbalik kepada tajuk.. Sekarang ni, table top kat umah dah pon siap.. Puas hati jugaklah dengan hasil tangan Si Rezal dengan kawan-kawannya tu.. Tukang yang buat table top ni orang Indonesia, tp boss diorang yang kitorang deal harga hari tu nama dia Mr. Chan.. Nantilah aku promotekan Mr Chan ni.. Tengok dulu service dia ok x, baru bleh introduce kat kawan-kawan..

Masa mula-mula si Rezal ni nk buat kerja siap aku sound “buat table top saya cantik-cantik kay…” dia jawab “kakak, ni sudah masuk 6 table top saya buat kat taman ni”… ciss, menjawab pulak mamat ni.. Nasib ko buat table top tu cantik, kalau tak aku suoh ko buat balik table top tu.. ehehehehe…

Sebelum renovation:

IMG_2195 Rumah kosong tanpa sebarang sentuhan…

Bila dah siap table top:

IMG_2261 Yeayy…  Abg tengah check kerja diorang.. Check jangan tak check.. Uhuhuhuu… Tingkap dah hilang.. Kenapa kami tutup tingkap itu? Nanti akan diberitahu kemudian.. Nak bagitau sekarang nanti tak surprise pulak kan…

Tak panjang sangat pon table top ni, dalam 9 kaki lebey skit… Nak buat macam mana, rumah kecik.. Kalau ada rezeki nanti, kita beli umah besar skit ye abang.. Cewaaahh.. macam banyak duit je nak rumah banyak-banyak kan… Table top ni fully tiles sampai kat bawah sekali.. Senang skit nak kemas nanti.. Kat dinding pon kene tile jugak.. Nanti kang ade yang bercorak minyak sambal kat dinding tu kan..

Lepas ni, kita citer pasal plaster siling dan grill pulak.. Sekarang ni, tak de topik lain yang nak bincang.. Sikit-sikit pasal rumah.. Nak gi dating ngan hubby pon kat rumah baru tu je, sambil ditemani habuk-habuk dan tukang-tukang rumah yang sedang bekerja.. Uhuhuhuu…

3 comments

Tahniah!!

....untuk sahabatku Erun dan pasangannya Rafie..

Congratulation on your engagement.. Selamat menempuh alam pertunangan dan semoga jodoh kalian berkekalan ke jinjang pelamin seterusnya berbahagia hingga akhir hayat.. Saya doakan yang baik-baik untuk kamu berdua yer.....


Tahun lalu, lebey kurang waktu sebegini saya juga bergelar tunangan orang.. Alhamdulilah, waktu bertunang tak banyak dugaannya.. Dulukan, takut nak bertunang sebab orang cakap masa bertunang ni macam-macam dugaan.. Tapi setelah melaluinya, saya rasa apa pon keadaan sebenarnya bergantung kepada kita untuk mengawalnya.. Kalau masing-masing ego dan pentingkan diri sendiri, memang laa susah dan mendatangkan banyak masalah kan...

Aik, macam-macam pulak saya bercerita... Biasalah, terleey excited bila kawan baik bertunang.. Cuma saya tak berkesempatan nak pergi majlis tunang erun sebab masalah kesihatan.. Boleh tengok gambar je.. Apa pon, saya mendoakan kebahagiaan kawan-kawan walaupon dari jauh..

Sekarang ni, saya dah jarang-jarang mengupdate blog ni.. Takde mood.. Lagipon banyak benda nak kena uruskan.. Oklah.. Nanti saya sambung lagi.. Dah abis idea dah ni.. :P 1 comments

Me @ 14 weeks…

Jeeeenggg… Saya sudah ada baby bump ke…?

Picture See that bump? Well itu sebenarnya bukan perut saya je yer.. Masa ni saya pakai seluar getah, thats why my tummy jadi extra besar.. ehehhee.. ayat nak cover kegemukan diri.. :P

Gambar diambil di rumah baru.. Thats my reflection on my tinted sliding door, itu pasal boleh nampak pagar luar.. Heeee…

Me @ 14 weeks with no more morning sickness.. Yeaaayyy… Cheers to me for successfully going trough the first trimester…

0 comments

Melaka International Bowling Center (MIBC)

Well, what can i say about this place.. Indah khabar dari rupa boleh tak.. Kalau baca review dari portal melawat melaka, tempat ni macam best sangat je.. Yelah kan, kat site tu terang-terang diberitahu mengenai kos pembinaan MIBC yang berjuta-juta ringgit.. So, kitorang ingat memang sangat best dan moden la MIBC ni..

Tetapi, rupanya tidaklah begitu.. Sampai-sampai je, kami sudah kecewa dengan kemudahan tempat letak kereta yang sangat sikit.. MIBC ni kan jauh dari kemudahan awam, kenapa disediakan tempat letak kerata yang begitu sedikit.. Sikit sangat hinggakan kami terpaksa parking kat bahu-bahu jalan.. Sepatutnya disediakan lebih banyak kawasan meletak kenderaan bagi memudahkan pengunjung…

Dalam bangunan pulak, kosong je.. Adelah kedai makan, dan kiosk sebuah.. Lain-lain kawasan macam masih dibangunkan lagi.. Seterusnya, bowling centernya… Urmm.. Biasa jugakla kan.. Tak macam yang diharapkan.. Nasib baik datang awal pagi, so masih ade lane.. Ade 2-3 tournament yang diadakan hari tu.. Memang penuh laa MIBC hari tu..

Dari segi harga pulak, memang mahal sikit laa.. Hari Sabtu ratenya RM6.00 untuk dewasa bagi satu game.. Mahalkan.. Maybe sebab menampung balik kos pembinaan MIBC ni yang berjuta-juta kot…

Tapi yang ok pasal MIBC ni adalah lane bowling nya.. Mayb sebab baru lagi, so lane dia memang best.. Dari mula-mula ingat nak main 3 game, hubby tambah lagi main 1 game..

Kat bawah ni, gambar main bowling kitorang.. Aku xmain la kan, aku tukang komen pasal MIBC ni je.. ehehhehe..

Picture 017Lane baru berkilat-kilat… ade 52 lorong semuanya..

Picture 020  Bola pon nampak baru-baru lagi…

Yang ni pulak scoreboard player untuk kali ini.. Bani vs Emmet.. Keputusannya Bani menang 2 game, Emmet menang 2 game…

Picture 019Picture 022Picture 023Picture 024

0 comments

Happy Birthday Abah

Jumaat yang lepas, disaat orang lain menyambut deepavali, kitorang satu family sibuk membuat persiapan menyambut tetamu dari Singapura.. Kebetulan hari yang sama merupakan hari ulang tahun kelahiran abah yang ke 54 tahun.. Mula-mula tu plan nak gi dinner je satu family kan.. Tiba-tiba je dalam kol 10 pagi camtu, kawan abah Pakcik Ismail call kate diorang satu family nak datang.. Ingatkan yang nak datang tu 3-4 orang je, sekali dia bagitau dlm 20 orang.. Diorang bagitau nak datang dalam kol 5 petang.. Alamak, nak jamu apa je tetamu ramai-ramai camtu.. Dah la xde lauk kat umah mak sebab memang plan nak masak sikit je untuk tengahari.. Bincang punya bincang, kitorang pon masak mee goreng, order roti john, lari tesco jap beli ayam golek then alang-alang tu beli sekali kek birthday abah.. Konon-konon surprise party laa ni.. Hahaaa…

Sebab last minit punya preparation, semua pon kene kerah kerja dengan mak.. Mak i tu bukannya boleh panik sikit, nanti kang menjerit-jerit menggelupur… Sedangkan takde ape pon, dalam setengah jam dah siap semua benda… Menggelabahnya bukan main lagi tau…

Picture 006 Siap tu sapu laman semua, kasik umah bersih.. Macam nak beraya pulak gayanya…

Dalam kol 6 petang, baru tetamu datang.. Sebab gara-gara tersangkut jem kat bandar hilir.. Urrmmm.. Kalau time cuti memangla tak yah pergi bandar hilir tu, memang jem punyalaa.. Kalau nak pergi, baik pergi pagi-pagi… Ok sikit…

Picture 007 Family Pakcik Ismail ni memang sporting abis ok.. Bila bagi tau yang nak sambut birthday abah sekali, diorang yang lebey excited.. Siap bagi ucapan semua.. Pastu nyanyi lagu birthday.. Ada 3 versi pulak tu.. Terkejut kejap tuan rumah.. Ahahhaa…

Picture 008 Muka happy abah sambut birthday.. Selama ni tak pernah pon sambut.. Nasib baik i tak bubuh lilin.. Ni nak potong kek pon malu-malu, kalau kene tipu lilin mau pengsan Hj Rashid jap.. Ahahhaha…

Picture 011 Amik gambar family.. Adik aku lagi dua orang takde, seorang kt offshore, sorang lagi tengah prepare nak exam.. Yang ade kitorang ni je.. Tetiba rasa family aku ni cam kecik je.. Kena tambah lagi ni.. Adi, cepat kawen.. Bagi tambah sorang lagi pompuan kt umah ni.. Ahahhahaa…

Picture 012 Apesal over sangat si Bani tu.. Excited aa tu nak makan kek… ~

Picture 013 Tetamu yang hadir, pakcik baju kuning tu jadi instructor lagu jap.. Siap suoh tunggu jangan potong kek selagi tak abis nyanyi..

Semua pon makan-makan, borak-borak sampai maghrib.. Lepas buat solat berjemaah, diorang pon bergerak balik ke hotel.. Malam sikit makcik-makcik pulak sambung datang makan-makan.. Macam buat open house je hari tu.. Penat badan ni bukan main lagi…  Tapi memang best la kan, sesekali sambut birthday camni.. Enjoy je rasa…

Picture 014 Ni gara-gara terlebey enjoy.. Menyakat laki ku.. Ehehehhee… Muka selamba je malas nak layan bini dia buat keje gile laa ni.. Baik tengok tv lagi best.. :P

0 comments

Pregnancy : 12 weeks

Sekejap je dah 12 minggu.. Dan alhamdulilah, buat masa ni dah kurang sikit kena morning sickness.. Dah boleh bangun pagi dengan perasaan yang lega tanpa risau akan berlari semula ke toilet untuk muntah dipagi hari…

My pregnancy 12 weeks progress:

  • My weight telah bertambah 200g dari checkup bulan lepas.. Uhuhuu… Sikit sangat kan… Ni semua gara-gara muntah dan morning sickness yang agak teruk.. Selalu takde selara nak makan…
  • Dah tak kena morning sickness sangat, just kalau terlupa nak makan.. Memang akan rasa pedih ulu hati dan rasa nak muntah.. Kena selalu makan..
  • Still can wear my favorite jeans, cuma dah tak pakai belt… Kalau pakai belt rasa tak selesa.. Uhuhuhuuu..
  • Selalu penat.. Urmmm.. Macam mana nak tambah tenaga erk, balik keje je terus rasa nak tido sebab rasa penat sangat.. :(

Hubby’s progress pulak :

  • Selalu kena gatal-gatal satu badan.. Kesian my hubby… Sabar yer sayang.. Itu alahan pasangan mengandung…

Ehehhehee… Saje je nk nak bubuh my hubby’s progress gak.. Tapi, memang kesian tau.. Kalau tiap kali mandi je mesti hubby gatal-gatal dan mintak tolong garukan.. Dulu, masa my first pregnancy saya kene gak gatal-gatal.. Tapi kali ni, hubby pulak kena.. But i find it very cute when my hubby kene jugak alahan gak during my pregnancy.. It feels like we are going trough and experiencing this pregnancy together… :)

Baby’s 12 weeks progress:

  • He is 5.6cm long…
  • He is already kicking around my tummy… Sangat laaa comel bila tengok baby masa scan semalam.. My doc said “haaa.. tengok.. the baby is kicking..”.. Both of us was like so kagum sebab first time tengok baby kicking… 2-3 kali pulak tuh.. baby tengah mimpi main bola kot mlm tadi… ehehehehee

12 weeks Membesarlah dengan sihat yer nak.. :) Love and heart u soo much..

3 comments
Related Posts with Thumbnails