3D/4D Scan

  • Minggu lepas, sehari sebelum majlis housewarming me and hubby pergi buat scan 3D/4D.. Mula-mula tu, hubby cakap tak yah laa buat, tunggu je baby keluar baru tengok baby… Tapi bila dipikir-pikir balik macam rugi laa pulak tak buat.. Biasalah kan, first baby ni excitednye lebih sikit…

Mula-mula search tempat untuk buat scan.. Bila baca dari blog, ramai yang suggest buat kat Vision College.. Bila tanya kt VC, diorang bagitau date yang sesuai.. Sebab biasanya masa yang sesuai nak buat 3D/4D scan ni masa 27-32 weeks.. Lebih dari tu baby dah besar sangat, so tak boleh nak tengok dengan jelas..

Nak cerita experince buat scan ni..

Masa pergi tu, ada 3 couple termasuk kami.. Kitorg last couple.. Masa first couple keluar, second couple masuk.. Lepas beberapa minit macam tu, second couple tu keluar.. Aikkk.. Cepatnya.. Then OB panggil kitorang pulak..

Masuk laa bilik scan dengan hati yang berdebar-debar… Then OB tu cakap… “Harapnya baby pandang atas yer.. 2 copule tadi, dua-dua baby pandang bawah tak nampak..” Patutlaa cepat benar keluar dari bilik scan.. Rupanya baby menyorok.. Uhuhuhh

Then, OB pon mula laa letak gel nak scan.. Bila tengok monitor… “Aiiikkk.. Baby semua malu hari ni.. Semua sorok muka…” Siap dia goyang-goyangkan perut suruh baby gerak.. Still tak de respon.. OB pon suruh kitorang gi jalan-jalan dulu, makan something sweet then come back…

Kitorang pon keluar jalan-jalan, nasib baik kat situ ada banyak kedai.. Makan connetto sebiji then makan gula-gula.. Kasik baby kene sugar rush, biar aktif skit… Puas pusing, kitorang pergi balik VC untuk try lagi sekali…

Alhamdulilah kali ni baby dah pusing… Tapi aksi baby tido memang hebat.. Tido sambil tutup muka dengan dua-dua belah tangan.. OB bagi tau memang dia tak nak tunjuk muka dia.. Tapi tang yang TUT tu dia tunjuk pulak.. Aishhh.. Macam-macam perangai anak aku sorang ni..

Yang bagusnya, OB tak putus asa nak amik gambar baby.. Kejap suruh aku pusing ke kanan, kejap ke kiri.. Kena tahan perut jangan kasik goyang nanti gambar tak cantik.. Sampai sakit-sakit pinggang di buatnya…

Tapi memang best buat 3D/4D scan ni.. Boleh tengok aksi my baby.. Tido sambil tutup-tutup muka dengan tangan, pastu isap-isap jari laa.. buat muncung laaa… kelakar je..

Yang penting OB bagitau alhamdulilah baby sihat dan fizikal sempurna..

RABIATUL_24 

Tengok tu, mata kene tutup dengan tangan.. Tak bagi tengok semua muka dia… Uhuhuhuu

RABIATUL_44

Tido syok abis sampai muncung-muncung mulut yang comel tu.. Ehehhehee…

Sesiapa yang nak buat scan kat VC ni call je, boleh buat appointment.  Nanti akan dapat cd.. Harga pon murah je.. Memang berbaloi laa buat… :)

p/s: best kan hidup zaman moden.. macam-macam boleh buat…

0 comments

Things in life

Syukur alhamdulilah.. majlis housewarming yang dirancang berjalan dengan lancar..
Cuaca elok, tetamu ramai yang hadir, makanan sedap dan tak banyak membazir...
Syukur sekali lagi..

Lepas ni, trip ke Padang pula.. But before that, kene consult dengan gynea.. Sama ada sihat untuk travel atau tak.. Then check status black list imigresen.. Kang ade yang kene tahan kat pintu imigresen.. Dan melambai-lambai kat family members lain yang lepas ke Padang.. uhuhuhuuu....

Abis 2 projek ni, saya nak rehat dan focus on baby plak.. Nak siapkan baby room..
Thanks to aunty ayu, aunty nadia and aunty deqja for the complete set of baby cot..
Baby sangat suke dan tak sabar nak tunggu baba to assemble the cot... :)

I have so much to tell but have so little time to do so..
We went for our 3D/4D session last Friday and i felt so grateful to live in this century..
We can see our little one moving, and the feeling was so amazing..
I'll post some picture later... :)
0 comments

My Third Trimester

Dah lama tak cerita pasal progress pregnancy.. Maklumlah, banyak sangat keje lately.. Cewaahhh.. Macam busy bebenor yer...

@ 27 weeks of pregnancy...
  • My body is aching all over, especially my backside; left and right. Rasa seperti belakang ni ditarik-tarik... Mungkin sebab badan ni nak makin membesar.. Selalu rasa sakit dan lenguh bila duduk mengadap PC lama sangat..
  • Still active.. I think i'm becoming more active this days.. Mayb sebab membawak hero.. Mak budak pon bukan main lasak lagi.. Adekah alasan macam tu? Ehehhehe..
  • Kadang-kadang terasa penat sangat, itu pon selepas mak budak ni terlalu aktif. Contohnya mengemas bilik belakang yang penuh dengan baju + barang-barang + sampah dari rumah lama.. Kemudian di sambung pulak dengan melipat baju yang mengunung.. Haaa.. Bila dah buat tu semua baru la terasa sangat penat...
  • Kaki still normal, tak bengkak.. Mungkin sebab saya kuat berjalan masa pregnant ni..
  • Kadang-kadang terlupa yang perut ni dah memboyot, ade hati lagi nak panjat-panjat kerusi amik barang kat kabinet.. Kalau hubby nampak mesti kene marah..
  • Susah nak ketip kuku kaki sendiri.. Tangan tak sampai dah.. Perut sudah besar...
  • Kerja-kerja menyapu dan memvacum dah diambil alih oleh en suami..
  • Selera makan still macam biasa.. Tak boleh makan banyak sangat at one time.. Rasa perut ni macam nk explode je...
Selain dari perubahan diri sendiri, baby pon dah semakin aktif sekarang ni. I can feel him moving more each days... Sekarang ni dah macam-macam gaya baby bergerak.. Ada satu masa tu, boleh rasa baby macam bergegar-gegar dalam perut.. Mula-mula kt sebelah kiri dan kat sebelah kanan.. Rasa nak gelak je masa tu.. Ntah apa yang dia buat sampai gegar-gegar... And one thing i noticed, he likes to move once i lay on my bed... Macam tau-tau je mama nak tido.. Time tu laa dia nak main erk.. Nasib baik, aku jenis senang tido.. Kalau dah penat sangat tu, tido je.. Baby tendang-tendang pon tak rasa dah.. Ehehehhee....

This friday i'll be 28 weeks pregnancy.. Therefore, only 3 months left.. Really can't wait.. :) 0 comments

Built In Oven : Testing Mode

Niat hati seorang isteri, bila ada dapur baru.. Mestila nak complete set.. Siap ada hood, hob dan juga built oven.. Masa mula-mula beli, angan-angan bukan main meninggi.. Nak buat biskut, kek, roasted chicken.. Hari-hari dok mengadap AFC, tengok chef terkenal buat kek..

Tapi, bila oven siap dipasang.. Angan-angan tinggal angan-angan.. Oven ntah ke mana, tuan punya oven ntah ke mana..

Sampaila sang suami memerli…

Suami: Oven tu, bila awak nak test..? Nak tunggu lepas pantang ke?
Isteri: …………… Hanya tersenyum sinis…

Disebabkan dah asik kena perli, petang yang indah ni, aku pon mengetest laa oven tu.. Kalau tak, ntah bila ntah oven tu panas agaknya…

IMG_2401  
Oven ku yang masih berbau kedai…

IMG_2399 
Nak senang buat brownies je.. Uhuhuhu

IMG_2400
Taraaaa… Brownies ku… Jap lagi nak tambah coklat cair.. Kasik banyak-banyak coklat baru syok makan ngan aiskrim vanilla… (uhuhuhu.. mana tak naik berkilo-kilo sebulan… :P)

1 comments

Baby Shopping

Tanpa sedar, i’m almost 7 months pregnant…

Sudah tiba masanya untuk membeli barang baby…

Today, mama and baba went shopping for our little hero..
It was super excited.. Tapi yang tak bestnye JJ OU tengah under renovation.. So, tak banyak sangat choice.. Baju je yang banyak.. Barang lain such us for nursering, diaper tak banyak.. Macam nak abiskan stock je.. But the discount was quite nice.. Boleh beli banyak skit…

As for now, baby dah ade banyak baju.. Baba and mama kene stop beli baju.. Kene carik barang lain pulak.. Siap dah beli baju jalan untuk baby.. Terlebey excited ok.. Now, kene buat listing untuk beli untuk diapering, nursering, dan juga barang-barang untuk hospital bag mama.. InsyaAllah sebelum mama reach 9 months dah setelkan semua yang perlu untuk delivery dan juga tempoh berpantang

Untuk stroller and car seat plak, after pantang baru pergi beli.. Mama have all the time after pantang to do all the shopping.. All thanks to the 90 days maternity leave.. :)

IMG_2396 
Tiny shoe for our little hero…

0 comments

Korean Fever : First Wife Club

Sape kat sini suke tengok cerita korea, sila angkat tangan.. Haaa.. Jangan malu-malu nak ngaku.. :P

Drama bersiri ni macam ada musim kan...

Kalau dulu, ada satu ketika zaman cerita hindustan dok hot giler.. Semua orang dok layan movie hindustan..

Lepas tu dok hangat zaman cerita bersiri dari Amerika Latin.. Yang paling aku ingat Maria Mercedes.. Semua dok layan citer tu kan..

Lepas tu, musim cerita bersiri dari Philippine laa pulak.. Semua stesen kat tv berebut-rebut tayang cerita dari Philippine.. Yang paling layan dulu Pang Aa Ko Sayo.. Punyalaa beratus-ratus episod.. Layan sampai abis tu..

Ape lagi erk.. Haaaa.. Drama bersiri dari Indon pon ade gak.. Bawang putih bawang merah.. Yang ada fairy god mother tu.. Itu pon layaaann kan jugak dulu..

Sekarang ni, semua dok layan cerita dari korea pulak.. Aku rasa demam drama korea ni bermula sejak-sejak nak abis belajar kat Uni dulu.. Dah laa tengah sibuk nak siapkan projek akhir, time tu laa banyak cerita korea yang best-best keluar.. Sampai sanggup tak tido malam.. Tengok dari satu episode ke satu episode..

Budak-budak batch aku pon mmg sepakat bab melagha ni.. Pantang kalau sorang yang ada citer best, esoknya satu batch memburn CD, mengcopy cerita-cerita tu.. Dah tu malam nanti jadi burung hantu layan drama korea... Siang semua bantai tido.. (Last sem kan, takde kelas banyak.. Ape lagi.. Semua bantai tido sampai tengahari..)

Bila tarikh presentation dah dekat, mana-mana yang leka macam aku ni mulalah pitam mengadap projek dari pagi ke malam.. Uhuhuhu...

Lepas abis belaja, serumah pulak dengan housemate yang gile Korea.. Lagi-lagi sejak astro tayang channel KBS.. Haaaa.. Memang dok layan dram korea je laa kan.. Dari satu drama ke satu drama..

Sekarang ni, di zaman High Definition ni, ade pulak station baru yang astro tayangkan.. Dalam HD pulak tu.. Bayangkan kalau dulu korang dok tengok actor korea yang ensem-ensem tu dengan gambar yang blur-blur skit.. Bila tengok dalam HD.. Walllaaaa... Nampak semua jerawat actor tu.. Tapi itu tak menghalang untuk terus melayan drama korea... Lebih-lebih lagi kalau partner korang pon melayan drama korea ni... :)

Apa yang aku nak ceritakan sebenarnye dalam post ni..

Haaaa... Ni saje je nak cerita pasal drama bersiri First Wife Club tayangan channel SBS, saluran 393 di astro.. Cerita ni ditayangkan pada pukul 5.35 ptg hingga 6.40 ptg.. Ulangan pada pagi pukul berapa entah, keesokan harinya.. Ditayang dari Isnin hingga Jumaat..

Aku ngan hubby, memang hari-hari dok layan citer ni... Walaupon tak follow dari awal (sebab sekarang ni dah episod 90++) tapi still boleh paham lagi..

Cerita ni best sebab aku rasa kalau drama-drama kat Malaysia tak de lagi cerita macam ni..

Mengisahkan suami/isteri yang curang kepada pasangan masing-masing, yang mana akhirnya masing-masing menyesal atas perbuatan masing-masing..

Sekarang ni tengah part "mereka" yang curang tu mendapat balasan terhadap perbuatan mereka... Memang layan..

Fakta aku mengenai FWC ni:

  • Tiap kali aku tengok cerita ni... Aku slalu tak puas hati dengan Han Won Soo.. Sape Han Won Soo? Kalau nak tau tengoklaa FWC yer... :P
  • Sebab geram sangat ngan Han Won Soo tu, aku slalu cakap ngan hubby... "Bang, bleh tak saya nak masuk dalam TV tu, lempang-lempang si Won Soo tu, lepas tu keluar balik.."
  • Yee.. Mmg aku menyampah tahap gaban dengan Won Soo tu.. Lelaki paling tak guna pernah aku tengok..
  • Minggu lepas, tiap-tiap hari aku lepak umah mak mertua aku sbb nak tengok FWC.. (Umah mak aku still guna astro lama, jdnya bila petang je hilang kejap.. Nasib umah dekat-dekat je.. Ehehehe)
0 comments

Panggilan Telefon Yang Mencurigakan..

Minggu lepaskan minggu cuti..
Hubby dan saya hari Isnin sudah gerak balik ke kg..
Memang best cuti lama...

Macam biasalakan,bila dah cuti bukan kisah pon dengan handphone..
Letak je dalam bilik, sampai orang call pon tak perasan..
Bila check, ada dapat miskol dari satu nombor ni..
Hurrmm macam nombor dari area kat rumah..
Sape yang call ni, hati bertanya...
Tapi macam biasalah kan, malas nak call balik...

Esoknya, nombor yang sama call handphone hubby pulak..
Aik, nombor yang sama...
Apehal pulak ni..
Nak sedapkan hati, try call nombor yang miskol tu..

Treeett..treettt...
Unknown caller (UC) : Hello..
Atul : Hello... Boleh saya tau kat mana tu...
UC : Ni KD Balakong...
Atul : Oooo... KD Balakong.. Ada telefon saya ke? Kenapa yer?
UC : Ni siapa yang bercakap ni?
Atul : Saya Rabiatul, semalam KD Balakong ada call saya, kenapa?
UC : Urmmm.. Awak dah bersalin ke??
Atul : Huh? Bersalin? Saya baru 26 minggu, nak bersalin macam mana...

Tak ke terkejut dapat call dari klinik, pastu tanya dah bersalin ke tidak.. Uhuhuhuu...
Rupa-rupanya KD Balakong konpius, sama ada aku nak wat check up kat KK Seri Kembangan ke kat KD Balakong...
Dah sah-sahlah KK Seri Kembangan tendang aku ke KD Balakong..
Mestilah sambung checkup kat KD Balakong je lepas ni...
Bila pikir balik, kelakar je...

Aikkk.. Minggu ni dah nak masuk 27 weeks uols..
Tak lama lagi dah nak masuk 7 bulan..
Can u believe it..??
Aku pon susah nak percaya kadang-kadang...
Dah nak jadi mak rupanya aku ni..
Uhuhuhuhuuuu....

p/s: kami sudah beli baju baby.. baru beli sikit.. lepas ni nak ronda-ronda cari baju baby yang comel... Baju yang aku beli tu ade semua kaler.. Mak aku cakap macam pelangi.. Heee.. Sape kate baby kene pakai kaler blue or pink je... :P


0 comments
Related Posts with Thumbnails