Kisah Berpantang

Hari ke 18 pantang:

Mama : Abg, nak makan pizza boleh x?

Papa: Mana boleh…!

Mama : Apesal lak tak boleh, pizza kan tepung je…

Papa : Abis tu topping dia kan ade macam-macam…

Papa : Makan je lauk orang berpantang.. 44 hari je..

Mama : :(… Sedey…

1 comments

My Delivery Experience Part 2

bersambung dari entry sebelum ni…

10 Mei: Sampai HUKM dalam pukul 10 pagi, terus daftar kat ONG wad.. Sebab sebelum ni dah book nak bersalin kat HUKM, so proses pendaftaran tu senang je.. Lepas test air kencing dan nurse buat CTG, tunggu turn nak jumpa doktor.. Tp, boleh pulak masa tengah menunggu tu ada patient dari Hospital lain datang mengejut.. Kes bayi tak cukup bulan.. So, kenala menunggu…

Pukul 12.00 tengahari nurse panggil jumpe doktor.. Sebelum tu kene wat CTG lagi.. Doktor datang tanya dah ada tanda ke tak, then lepas tanya tu terus kene SELUK.. aiyoooo.. tak suke ok.. walaupon dah cakap dengan diri sendiri cuba rileks bila doktor nak seluk, tp still tak boleh nak rileks…

Ok, di cepatkan cerita, lepas doktor check dah dah ade bukaan 2cm, terus kene tolak ke wad… Doktor cakap, anak first biasa 1cm bukaan ambil masa dalam sejam.. bila dah 4cm nanti baru ke labour room.. Time tu dah fikir mayb petang baru ke labour room.. Sampai di wad mintak suami carikkan makanan sebab lapar..

Sementara tunggu suami datang balik dengan makanan, nurse buat lagi CTG… Dan lepas itu bermula laa episod kalut nak bersalin saya…

Around 2.15pm: Graph CTG baby tak cantik.. Doktor suruh ke bilik pemeriksaan sebab nak check bukaan.

Bukaan baru 2cm.. Then pergi balik ke katil.. OTW nak ke katil tu, nurse tahan.. Cakap doktor nak pecahkan air ketumban…

Masa nak pecahkan air ketumban, doktor bagitau yang jantung baby tak berapa cantik. If, air ketumban pecah warna keruh kene terus operation sebab maknanya baby dah berak dalam perut… Masing-masing berdoa (doktor, doktor pelatih, nurse.. yer betapa ramainye di dalam bilik itu.. nasib la kan bersalin kat Hospital yang banyak doktor pelatih… uhuhuhu)

Air ketumban pecah.. Abis basah kain.. Alhamdulilah warna air cerah.. Nurse terus tolak ke Labour Room.

Pukul 2.30 petang : Call suami cakap dah nak masuk labour room..

Sampai labour room terus kene cucuk dengan ubat berak.. Nurse tu macam garang sikit, tapi still mantain cool… Dah kene ubat berak, terus ke toilet dan berak..

Sampai ke katil tengok ade banyak miskol dari suami.. Call balik suruh amik pass kat pak guard dan masuk labour room..

Pukul 3.30 petang : Sudah mula rasa contraction.. Sakitnya macam nak patah pinggang.. Baru la rasa macam mana sakit nak beranak..

Nurse tanya nak amik epidural tak.. Lepas bincang dengan suami, dan tak tahan sakit serta dihasut oleh doktor dan nurse supaya amik epidural, saya pon setuju untuk amik epidural…

Pukul 4.30 petang : Selesai procedure epidural. Dah mula mamai serta gatal satu badan.. Tido sambil mengaru-garu badan.. Gatal betul..

Nurse datang check suhu badan.. 38 darjah celcius.. Tetiba je saya demam.. Nurse bagi panadol untuk turunkan suhu badan…

Pukul 5.00 petang : Terjaga dari tido sebab tetiba bilik ramai doktor.. Jantung baby makin tak cantik.. Masa ni dah bukaan 6 cm.. Keadaan diri terlalu mamai untuk berpikir secara lurus..

Setelah berbincang, doktor bagitau nak amik sample darah dari kepala baby.. Yes, masa tu baby masih lagi dalam perut saya. Doktor nak seluk dari bawah amik darah baby.. Sebab terlalu mamai, hanya mengangguk bersetuju sahaja…

Pukul 6.00 petang : Doktor amik 3 tiub darah dari kepala baby. Tak tau la berapa banyak tapi yang ingat 3 tiub.. First tiub, pH darah baby still ok.. Doktor bagitau nak kuatkan ubat supaya cepatkan bukaan..

Tak sampai 5 minit doktor bagitau nak cepatkan bukaan, doktor dapat bacaan dari second tiub. pH darah dah tak berapa elok..

Then, suddenly jantung baby drop mendadak.. Walaupon dalam keadaan mamai, still boleh tengok graph jantung baby yang tiba-tiba jatuh.. Dalam hati cuma  boleh berselawat dan bertawakal saje..

Bila bacaan jantung baby drop mendadak, doktor terus menjerit “NURSE!!!! TO THE OPERATION ROOM… NOW!!!”

2-3 orang nurse berlari-lari, terus bukakan baju saya, bukak tape dan segala wayar.. Masa tu dah rasa dunia ni macam kelam je..

Dalam masa nak ke operation room tu nampak suami.. Suami pegang tangan dan suruh saya bersabar.. Entahlah, bila diingatkan kembali, saya tak tau apa lagi saya cakap kat suami.. Tapi sangat bersyukur sebab suami ada di sisi pada masa tu…

Malamnya : Tak tau pukul berapa sedar.. Yang tau bila kat wad, suami ada di sisi.. Saya pulak asik tanya “Bang, baby man? Baby macam mana?”. Tiap kali tersedar itu aje lah soalan saya.

Alhamdulilah, saya dan baby selamat. Baby lahir pada 10 Mei 2011, pada pukul 7.14 malam.

Walaupon tak pernah sangka akan mengalami pelbagai komplikasi masa bersalin, saya cukup bersyukur sebab baby selamat.

5 comments

My delivery experience

Dah lama tak online, kat kg takde internet.. Papa hasief nak gune broadband, jadi mama terpaksa mengalah.. Ni pon guna sebab papa hasief balik kampung..

Dari hari tu ingat nak bercerita tentang pengalaman bersalin.. Takut nanti lama-lama lupa pulak.. Walaupon sekejap je rasa sakit masa nak bersalinkan Hasief, tapi banyak perit getir yang dilalui… Oklah, kita cerita secara ringkas je yer..

1 Mei : Mama and papa was hoping supaya bersalin hari ni.. Sempena birthday papa, tp nampaknya baby nak pilih tarikh lain.. Still takde ape-ape tanda nak bersalin.. Perut mengeras? Well, mama tak rasa tu tanda nak bersalin sebab tak berapa sakit sangat..

7 Mei : Asik rasa nak buang air besar.. Yang sentiasa nak membuang.. Tapi bila dah dalam toilet takde pulak keluar ape-ape.. Malam tu ade lagi rasa nak membuang air besar.. Kali ni memang teran ala-ala nak mengeluarkan baby.. Sebab tak puas hati tak keluar ape-ape.. Langsung tak pikir yang sakit nak buang air besar tu mungkin tanda-tanda nak bersalin.. Then masa nak cuci tu, ade seketul lendir keluar.. Dah konpius-konpius sama ada itu tanda ke tak.. Tanya suami, suami tanya sakit ke tak… Bila tak rasa sakit, abaikan aje lendir yang keluar tadi.. Teruskan kehidupan macam biasa..

9 Mei : Bersiap pergi keje macam biasa.. Still selalu rasa sakit perut nak buang air besar… Sampai opis pukul 7.20pagi.. Dalam hati dah rasa tak sedap.. Sebelom gi cafe, singgah toilet jap check panties.. Tengok-tengok ade lendit campur darah.. Terus balik ke cube amik handbag, siap-siap nak balik rumah.. Takut kang lambat-lambat sape pulak nak tolong hantar pergi hospital.. Call suami, cakap nak balik.. Sampai kat umah, check lagi.. Takde pulak keluar tanda lagi.. SMS suami cakap takya balik sebab tak sakit apa-apa.. Tengah hari tu ikut suami tengok suami main bowling.. Masa kat bowling center still takde apa-apa.. Balik tu singgah MCD jap, manalah tau malam nnt sakit nak bersalin.. Malamnye, masa takde rasa ape.. Yang ada cuma rasa nak buang air besar…

10 Mei : Bangun pagi, buang air besar.. Kali ni sakit nak memerut sangat.. Teran dan terus teran.. Dalam otak dah terpikir, ni kalau teran kuat-kuat mau terkeluar anak pulak.. Terus teran lembut-lembut.. Bila mencangkung nak cuci tengok ada keluar darah menitik-nitik.. Hati dah tak sedap.. Bagi tau suami, suami tanya sakit ke tak, bila cakap tak, suami sambung tido balik.. Uhuhuhuu… Call mak, tanya nak buat ape.. Mak pon macam konpius-konpius sebab tak sakit ape kan.. Sebab tak sakit, terus naik katil balik sebab still rasa mengantuk.. Then dalam 10 minit lepas tu, mak mertua call.. Bagitau suruh terus gi hospital sebab dah keluar tanda… Dalam pukul 9 lebey gerak ke HUKM……

Panjangnyee story nak bersalin… Penat dah menaip.. Nanti laa kita sambung yerr.. Hasief sudah mengengek… Uhuhuhuhuuu

2 comments

Ahmad Hasief bin Ahmad Shahrul

Tanggal 10 Mai 2011, 7.14 petang, lahirlah anak yang dinantikan..

Our little hero..

Nak citer pengalaman bersalin, rasanya nanti-nantila saya cerita yer...
Terlalu banyak yang terjadi hari tu.. Hari yang takkan kami lupakan suami isteri..

Semoga Ahmad Hasief membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh...

Hasief, mama and papa love u so much.. :)

..... and Papa, terima kasih atas segalanya... 0 comments

39 minggu

Hari ni genap sudah 39 minggu..
Tinggal lagi seminggu lagi..
Malam tadi, tido dengan penuh kesabaran..
3 kali kejut suami sebab perut mengeras dan rasa sakit...

Dan sejak semalam terbayang keadaaan di labour room nanti..
Owhhhh... Perasaan ngeri datang tiba-tiba..

Ya, Allah, permudahkanlah segala urusanku dan lindungilah diriku dan anakku dari sebarang kesulitan..
Dan padaMu jualah aku bermohon....

0 comments

I'm still counting days..

Masih lagi bersiaran di Putrajaya dan di rumah..

Hati ternanti-nanti menunggu hari.. Bilalah agaknya baby nak lahir...

Ade kawan cakap dengan saya... "9 bulan kita boleh bersabar, takkan nak tunggu 2-3 hari pon tak boleh kan..."

Saya memang bersabar, cumaaaaaaaaa.... Suami saya yang tak sabar sebenarnya.. :P 0 comments
Related Posts with Thumbnails