Baby 1 month

Ya Allah, kejap je baby dah berusia sebulan. Macam tak rasa pon masa berlalu. Rasa macam baru je melahirkan Hasief semalam, dan bila tengok balik gambar-gambar dah nampak perbezaan Hasief.

Masa Hasief baru lahir dulu, kulit Hasief berkedut-kedut. Mak cakap kulit Hasief macam baby overdue.. Dan masa Hasief baru lahir dulu terasa sangat kecik je Hasief…

Antara perkembangan Hasief:

  • Berat Hasief masa lahir dulu 2.84 kg. Masa nurse datang timbang waktu 20 hari aritu berat Hasief dah 3.2 kg. Rasanya masa timbang bila nak pergi inject sebulan nanti mesti Hasief dah makin berat.
  • Kulit dah makin elok, dah tak berkedut macam dulu.
  • Kepala pon dan makin stabil. Dah boleh tegak untuk seketika.
  • Mata pon dah makin fokus. Akan mencari-cari bila terdengar bunyi-bunyian.
  • Suka sangat borak… Ehehhehe.. Kadang-kadang buat bunyi..”aaaa”… “uuuu”…
  • Alhamdulilah setakat ni masih lagi minum susu ibu sepenuhnya. Susu ibu adalah yang terbaik untuk baby kan.
  • Suka sangat mandi… Tak nangis pon kalau mandi pagi-pagi…

IMG_2647
Hasief masa baru lahir.. Kene tahan kad wad NICU sebab ada tanda-tanda kena infection and lung problems. Pili tu doktor masukkan ubat antibiotik. Kesian baby, lahir-lahir je dah kene cucuk.

IMG_2657
Lepas 2 malam duduk NICU, Hasief dah boleh duduk wad dengan mama.. Tapi still kene duduk wad lagi sebab doktor nak pantau perkembangan Hasief.

IMG_2678

IMG_2671

IMG_2708

IMG_2741

Cinta hati mama dan papa.. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna.. We love u soo much…

0 comments

Baby and pacifier...



"Jangan bagi baby puting, nanti jongang..."

Aduhai, itulah kerungsingan yang dialami..
Bila malam, si anak asik menangis nak menyusu dan dikepit..
Walaupon kekenyangan, still nak jugak menyusu..
Sampai termuntah-muntah kekenyangan susu...

Atuk dan nenek pulak kerisauan bila cucu kesayangan tak tido malam..
dan bila tengok muka anak dan menantu kemengantukan di pagi hari...
Masing-masing memikirkan jalan penyelesaiannya...

Dan akhirnya, bila dah tak tahan dengan si anak yang manja nak mengempeng sepanjang malam..
Pacifier aka puting lah menjadi penyelamat...

Cubaan pertama bagi Hasief puting...

Mula-mula tu baby tak nak pacifier..
Dan bila cuba bagi beberapa kali barula boleh..
Itu pon bila nak tido je bagi..
Biar Hasief leka dan terus tertido...

Dah reti isap puting sendiri..

Harapnya kejap je laa baby nak guna pacifier..
Tak nak isap lama-lama yer nak..
Nanti gigi tak cantik.. Uhuhuhuuu
3 comments

Baby's Favorite Pose

Ewah-ewah, tido siap kaki bersilang...

Syok betul tido macam tu yer Hasief...
0 comments
Related Posts with Thumbnails