Baby 2 months

Sekejap je dah 2 bulan..

Jom tengok perkembangan hasief yang comel itu:
  • Berat dah 5 kg
  • Tinggi sudah 58cm
  • Alhamdulilah masih full breastfeed, most of the time direct breastfeed, tapi bila pam tu hasilnya tak banyak terus bagi hasief minum dari botol.. Hasief ok je minum dari botol susu...
  • Sudah makin fokus..
  • Sangat suka diagah dan masa mood dia paling elok adalah lepas mandi...
  • Sangat aktif, pantang dok sorang-sorang mesti kaki tangan bergerak gaya orang kayuh basikal..
  • Dah pandai buat bubbles dari air liur dia.. Tp belum meleleh je lagi.. :p
  • Kalau lambat bagi susu, akan nangis sangat kuat macam kene pukul.. Lepas tu bila nak bai susu akan ngajuk dulu.. Kene pujuk, tepuk-tepuk bontot dia barula nak minum..
  • Masih belom mau tido dalam cot dia.. Kalau terkejut malam-malam ada dalam cot sorang-sorang akan jerit suruh diangkat.. uhuhuhuuu


Selama 2 bulan ni, banyak sangat benda belajar nak handle baby.. Sekarang ni nak mandi kan baby dah tak kekok sangat macam dulu..
Tapi yang paling sukar bila ada baby ni, nak belajar uruskan masa..

Dah 2 bulan dah boleh naik stroller... Cuma kadang-kadang terlentuk-lentuk skit... ehehehee....
Most of the time hasief tido je.. Nak bina badan agaknye...

Ini pulak gaya tido favourite... Kalau tido gaya ni memang lama.. Macam-macam kerja mama bleh buat.. 0 comments

Cara nak cepatkan rambut baby tumbuh...

Haaa.. Nak tau tak macam mana nak cepatkan rambut baby tumbuh lepas dicukur...

Okay.. Inilah rupa my baby lepas dicukur seminggu lepas.. memang botak al licin..

Alamak... Tak tau plak macam mana nak rotate gambar ni.. Biasa tulis blog guna live writter.. ni kat pc hubby belom install lagi.. Tak kisah laa.. Yang penting korang nampak kepala anak aku yang botak licin itu.. uhuhuhu

So, lepas cukur ni tiap kali lepas mandi aku akan lumurkan kepala baby dengan minyak johnson..
lumur dengan banyak sebab aritu ade macam kuping-kuping..
Baby kan slalu ada kat kepala kan..
Masa dalam pantang susah nak buang sebab rambut anak aku banyak..
Lepas cukur baru senang nak buang kuping-kuping tu..

Alhamdulilah, hasilnya sangat memberansangkan..
Lepas seminggu dah banyak rambut yang keluar..
Kasar-kasar jugak rambutnya...


See.. Banyak dah rambut yang keluar balik.. Me like, takde la borak licin je anak aku.. ehehehe 0 comments

JJ AEON Stroller For Babies Facilities

As a new parent banyak sangat lagi perkara yang kitorang kena belajar...
One of it how to manage your baby while shopping..
Yelah kan, aku masih lagi dalam mood cuti.. dan juga secara tak langsungnya menjadi suri rumah selama sebulan ni...
So, bila hujung minggu memang la nak ajak hubby gi jalan-jalan...

Kalau dulu berdua, nak keluar kejap je boleh siap..
Sekarang ni tak boleh laa kan...
Nak siapkan anak lagi, pasang car seat, siapkan beg baby and all such things...
Kena belajar nak sesuaikan diri jadi mak ayah ni...

Ok.. Berbalik kepada tajuk...
Lepas berpantang aritu, aku pon baliklah kl dengan si hasief ni..
Dan perkara pertama ke buat bila sampai rumah adalah shopping...
Sebab apa, sebab rumah apa pon takde barang nak masak...
Dah nama pon laki aku dok bujang kat umah ni masa aku berpantang kat kampung aritu...
Kitorang pon shopping dekat je kat umah, JJ Cheras Selatan..

Bila nak shopping tu best je rasa, tp nak mengendong hasief laa pulak masalahnya..
Stroller dah beli, tapi hasief belom kuat lagi kepala nak duduk dalam tu..
Nak pakai ring sling boleh, tp kejap je dah lenguh...

Nasib la AEON ada kemudahan stroller untuk baby..
Yeeeaaayy.. Sangat laa memudahkan....
Pergi je kat kaunter khidmat pelanggan, tinggalkan lesen memandu dah boleh guna..

Happy papa menolak hasief dalam stroller...

Baby first time shopping naik stroller.. Muka konpius tak tau ada kat mana...

And lastly....
Mama and baby tunggu papa test seluar... Kene improvekan skill amik gambar macam ni.. Baru bleh bergambar slalu dengan baby nanti.. Eehehhehee... 0 comments

Thank u LittleWhiz.com

Aritu, kami satu family pergi shopping beli barang..
Alang-alang dah keluar tu, ajak hubby pergi LittleWhiz kat Setia Alam nak carik bouncer untuk baby..
Sebenarnye boleh je beli online, tapi disebabkan aku macam konpius nak pilih yang mana..
Ajaklah suami pergi kedai dia...

Ingatkan Setia Alam tu dekat.. rupanya boleh tahan jauh..
Dah sesat-sesat plak tu..
Tambah pulak penat dan rushing nak gi JJ Cheras Selatan lepas tu membuatkan mood terus lari..

Sampai kedai terus tengok apa nak beli, bayar dan balik..
Punyalaa jauh pergi bila sampai kejap je dah balik..

Nak dijadikan cerita, masa rushing-rushing tu tak sedar kasut baby tertanggal..
Dalam kereta baru perasan...
Puas cari tak jumpa...
Rasa nak nangis je sebab kasut yang hilang tu the first kasut yang me and hubby belikan untuk baby...
Baru pakai 2 kali..
Mana tak sedih...
Bila cari tak jumpa memang dah pasrah.. Walaupon slalu cakap kat hubby sayang sangat kasut tu...

Malam tu bila nak tido, tiba-tiba terpikir..
Entah-entah kasut tertanggal masa dalam kedai kot..
Esok pagi, genap je pukul 10 pagi (kedai kan bukak kol 10, kalau tak lepas subuh aku dah call) terus call kedai...
Alhamdulilah... Diorang cakap kasut tu ada...
So cakap ngan staf tu, boleh tak tolong pos ke rumah..
Then staf tu cakap, ok tapi kene bagi alamat..
Nanti diorang bagitau deliver charges dia...

After dah email details tu, takde apa-apa reply pon..
Aku dah macam anggap LittleWhiz ni tak nak respon ke..
Kalau suruh bayar delivery charges pon tak kisah, sebab sayangkan kasut tu..
Then after 3 days menunggu aku dapat email dari LittleWhiz cakap diorang dah pos pon...
And its for free.. Yeeeaaa...

Dah dapat dah kasut tu...

Thank u so much www.littlewhiz.com for your friendly service... :) 0 comments

Baby First Sound...

My dear boy dah pandai nak ajak borak..
Suka sangat kalau aku and hubby mengagah..
Asik tersengih-sengih...

Bunyi yang baby suke buat ialah.. 'akke..'
Sejak dah nak abis pantang dulu baby memang suka buat bunyi ni...
Tapi lately kalau kitorang cakap.. 'akke'... melekek dia gelak..
Macam seronok betul..

Ni video yang aku amik time hubby dan baby borak masa lepas baby baru mandi... Hasief ni memang suka mandi.. Mood dia memang bagus dan happy je bila dapat mandi..




Ahad ni genap umor baby 2 bulan.. Kejap sangat je rasa... Tiba-tiba dah besar anak aku ni... 0 comments

Are you UNIFIed yet?

Waaaa.. Tajuk tak menahan...

Ye ye.. Kami telah melanggan UNIFI dan selepas berbulan-bulan menunggu akhirnya semalam kontraktor datang install..
Walaupon sebelum ni aku adalah jugak agak bengang dengan telekom sebab ntah macam mana dia arrange appointment untuk installation..
Kejap-kejap kontaktor call tanya tarikh nak pasang..
Last-last dapat call nak pasang semalam.. Aku pon ade kat umah, so bleh pasang..
Lagi satu appointment 16 Julai tu kita kasik cancelled.. ehehehehee

Dalm kol 2lebey, kotraktor datang pasang. Tak sampai sejam semua dh siap.. Hubby siap amik halfday nak tengok diorang pasang..

Sekarang ni TM buat promotion free installation.. Tapi kalau kita nak pasang kabel more than 15mtrs yang diorang provide tu kena bayar.. Pastu kalau nak banyak tebuk-tebuk lubang lain (extra works) itu pon bawah kos kita... Kalau tarik dari tiang terus pasang, free je..

Bila dah siap pasang, terus boleh surf.. Memang laju laa kan sbb UNIFI ni guna fiber.. Tengok utube pon syok je.. Takde tersangkut-sangkut lagi macam dulu...


Kitorang amik pakej VIP5mbps.. Dalam pakej tu dapat skali IpTV, telefon rumah, wifi skali.. Yang syoknye kalau telefon line mana-mana pon free.. So, kalau sapa ada telefon rumah nak ajak borak-borak on phone bagitau la ye.. :)

p/s: semalam hubby downloaded cerita KL Gangster tak sampai 1/2jam.. Lajukan.. Baik cakap laju... So, malam ni of courselaa movie nite....

p/ss: agak-agak cerita transformer bila boleh download erk.. ekekekeke 0 comments

Hari Hasief Menjadi BOTAK.. :)

Lepas majlis cukur jambul hasief, kami suami isteri memang dah berhajat nak cukurkan rambut hasief.... Walaupon adalah rasa sayang skit nak cukur sebab rambut hasief dah panjang dan lebat, tapi sebab pikirkan orang cakap rambut dalam perut ni tak berapa elok.. itu sebab kita kasik cukur rambut itu budak kecik.. Ehehehheheee...

Pagi tu, lepas breakfast papa dan tok ayah pun mulakan operasi mencukur rambut hasief...

Hasief: Papa, kita nak buat apa ni ramai-ramai kumpul depan rumah... Papa: Kita nak botakkan rambut hasief... Hasief: Botak?? Apa tu papa....

Oparasi bermula.. Atuk siap pakaikan surat khabar kat hasief.. Macam zaman kecik-kecik dulu.. Korang pernah tak bila mak atau abah korang guntingkan rambut kene pakai surat khabar kat leher.. Supaya rambut tak kene kat badann...

Abang danish pon sibuk nak tengok atuk botakkan hasief.. Kesian aku tengok anak aku terkial-kial nak lepaskan diri tak boleh..

Dah berlubang-lubang dah rambut hasief.. Tebal sangat rambutnya, pastu halus-halus.. Rambut asik melekat kat pisau cukur.. Payah betul.. Last-last mama pon kene tolong papa cukur.. Sebab hasief dah haus.. Menyusukan hasief sambil cukurkan..

Lepas 1 jam lebih barulah siap..

Hasief yang dah botak licin... Muka tak puas hati sebab mama dan papa botakkan kepala dia.. Ehehhehee...

0 comments

Majlis Cukur Jambul dan Kenduri Kesyukuran

Alhamdulilah, dah selamat menghabiskan 44 hari pantang dan juga mengadakan majlis cukur jambul untuk our little baby pada 2 Julai yang lepas. Kedua-dua belah atuk dan nenek sibuk membuat persiapan kenduri. Belah saya jadi tuan rumah, belah family hubby menyediakan juadah kenduri. Alhamdulilah si baby hasief sangat la baik masa majlis tu. Tido je memanjang, tak kisah pon datuk-datuk dan nenek-nenek memotong jambulnye yang panjang itu.. :)

Pengantin yang malas nk bangun.. :) Kene bangun awal sebab nak balik kampung umah tok abah. Time ini kitorang dah mula berkampung kat kampung tok ayah…

Sampai-sampai je terus setup pelamin kecik dan terus letak hasief kat dalam tu.. Hasief rileks je, sukala tu katil ada bunga-bunga…

Pelamin dengan bunga telur tu, saya buat sendiri. Saja suka-suka. Lagipon masa pantang aritu ada tertengok kat tv, this one lady buat bunga telur pakai foam paper.. Bila tengok kat blog dia, harga agak mahal.. Tapi cantiklah kan. Bila discus ngan mak, mak pon ajak try buat untuk majlis hasief. Mula-mula tu terkial-kila gak nak buat. Dah lama-lama laju. Dapatlah siapkan 100 batang bunga telur. Kos pon murah je.

Bunga telur yang dah siap, nak dimasukkan telur. Temanya kanak-kanak.. Ada bentuk car, botol susu, stroller dan bola. Sesuailakan, nama pon majlis cukur jambul.

Bila dah siap cucuk je kat pahar. Buat dua, dah boleh buat hiasan untuk pelamin hasief.. Ehehhehee.. Suka-suka je cakap pelamin, macamlah hasief nak kawen kan… Cukur jambul je pon..

Majlis kali ni memang banyak saya dan hubby yang buat sendiri dibantu oleh family. Memang takde upah mana-mana orang, cuma kueh mueh je sebab takde sape yang pandai nak buat. Walaupon penat, tapi sangat berbaloi.

Papa dan paksu bawa hasief jumpa dengan semua atok-atok yang datang kenduri. Atok-atok cukur jambul hasief sambil berselawat untuk kesejahteraan hasief..

Tok ayah menggunting jambul hasief.. Tengoklah si kecik tu, tido je sepanjang majlis.. Tak berbunyi pon.. Kene tabur bunga rampai pon tak sedar.. Mesti best sangat dapat dukung ngan papa..

Dah lepas majlis barula bangun.. Ni gambar hasief ngan tok abah… Dah besar dah anak aku dalam gambar ni.. Pipi bukan main labuh lagi.. Alhamdulilah, semua tu khasiat dan berkat susu badan yang aku bagi kat hasief.. :)

Lepas ni, majlis cukur jambul ni barulah rambut hasief akan dibotakkan.. Itu nanti aku ceritakan dalam post yang akan datang.. :) Sebelum mengakhiri post kali ini, aku tepek gambar family kecik kami…

-Hasief, Papa and Mama-

1 comments
Related Posts with Thumbnails