Belajar Duduk Bersama Bumbo Seat...

Ok..ok.. Tajuk tak bleh tahan...
Macam tajuk dalam rancangan di TV Pendidikan pulak aku rasa...
Mari kita bersorak beramai-ramai...
Hasief telah berjaya duduk di dalam Bumbo seatnye.. Yeeaaayyy...
Terima kasih pak lang, mak lang dan abang Haikal sebab hadiahkan Bumbo seat pada Hasief...

Mula-mula tak tau jugak bila boleh mula guna bumbo seat ni untuk hasief...
Sebab bila dukung dah nampak kepala hasief ni tegap...
Walaupon kadang-kadang kepalanya suka terkebelakang, tapi dia dah reti tarik sendiri...
Jadi, aku rasa dah sampai masanya untuk hasief cuba sesuatu yang baru...

Lagipon sekarang ni hasief tangah ralit nak mengiring ke kanan..
Ditolak-tolaknya buntot tapi masih belom meniarap lagi..
Takpe hasief, take your own time ok...
Tapi kejap je pon usaha dia nak mengiring tu.. Bila penat terlentang jelaa anak aku tu..
Kesian tengok dia macam boring, semalam mama bawak keluar bumbo seat tu..
Nak cuba, dah boleh ke tak hasief duduk dalam tu...

Hasief yang duduk di dalam bumbo seatnya...
Muka rileks je... Redha dengan apa jua yang mama buat padanya...
Hasief tak amik kisah pon aku letak dalam bumbo seat tu.. dia dok ralit isap jari-jari...
Lagi-lagi laa bumbo tu ade tempat letak tangan... Memudahkan dia nak isap jari dia..
Memang syokklaaaakan...

Letakkan hasief dalam tu kejap je.. Lepas tu keluarkan.. Tak nak badan dia terkejut..
Lepas tu ulang lagi proses pembelajaran...
After 2-3 kali aku masukkan dalam seat, hasief dah macam paham...
Kepala dah mula tegak walaupon kadang-kadang tergoyang-goyang...
Sambil tu tersengih-sengih sebab dah boleh duduk... :)

0 comments

Risau

Batuk hasief makin lama makin kerap pulak.
Terutama bila waktu tido malam.
Kesian sangat baby batuk. Nak bagi ubat batuk tak boleh.
Hanya boleh urut-urut dada baby harap dapat kurangkan sakit.
Pagi ni masa hantar kat rumah pengasuh tengok mata baby bertahi mata pulak.
Alahaaiii. Kesian sangat.
Nasib baik kakak tu cakap nanti dia tolong titikkan susu ibu dalam mata hasief.
Harapnya petang ni mata baby dah ok.

Bila anak tak sihat, nak lerja pon hati tak tenang.
Rasa nak balik je tengok keadaan dia.
Baby, jangan nakal2 yer, petang nanti kepas kerja mama terus amik baby yer.
Published with Blogger-droid v1.7.4
4 comments

missing my baby boy

Baby cuba nak lepaskan diri. Sekarang ni dah pandai tak nk duduk dalam stroller dengan bouncer dia.


~ tujuan utama post ni, nk test update gune bloggerroid. Eheheheee.

Lagi seminggu nk raya, korang dh beli baju raya x?
Published with Blogger-droid v1.7.4
0 comments

My Cute Little Baby...

Hasief ikut papa, mama and pakteh pergi param..
Mama cakap param tu bazar ramadhan..
Hasief pon tak pasti param tu apa, ramadhan tu apa...

Dah sampai param, hari hujan pulak...
Papa cakap hasief tunggu dalam kereta with mama je..
Nanti kene hujan boleh demam..
Ooooo.. Demam.. Haritu hasief demam.. Tak best sungguh...
Oklah papa.. Hasief tunggu je dalam kereta...

Lama jugak papa and pakteh pergi param...
Mama dah busan... Mama keletek-keletek hasief..
Hasief rasa geli sangat....
Hasief gelak-gelak...

Hasief dengar mama nyanyi lagu raya..
Raya tu apa yer mama...
Mama ajar hasief cakap "Selamat hari raya.. Nak duit raya..."
Tapi hasief tak pandai lagi...

Iskkkk.. Lama laa papa pergi.. Hasief rasa nak poopoo ni...
Mama dah boring... Mama dukung hasief...
Mama cakap.. "hasief senyum.. jom kita amik gambar..."
Hasief pon senyum laaaa....

Haaaa... Inilah gambar Hasief ngan mama...

aaaaaaa.... mulut hasief besar...

huh? ape tu....???

saya budak comel... comel kan saya... :)

Ooooooo.. Baru hasief tau macam mana nak amik gambar..
Lepas ni hasief nak pose comel-comel....

Ergh.. papa dah balik laa...
Hasief pon dah ngantuk...
Nanti hasief cerita lagi apa hasief buat...
Byeeee....

0 comments

Double Iftar

19 dan 20 Ramadhan hari tu, ada jemputan iftar..
Satu bersama rakan office aku, dan lagi satu dengan rakan office hubby..
Rasanya ini je kot iftar kami untuk ramadhan kali ni..
Hari-hari lain berbuka di rumah je senang...

1. IOI Marriot Hotel Putrajaya...

Jumaat hari tu ada jemputan iftar dari syarikat. Aku pergi bertiga plus my little baby...
Awal-awal hubby dah cakap pergi awal, tapi aku dok cakap... "alaaa... tak jem punya..."
Skali tu amik ko.. Sampai je pintu IOI resort tu kereta dah berderet...
Sebab kat dalam IOI resorst tu ade a few hotel, jadi bila semua datang serentak nak berbuka puasa... Haaaa... Jemlaa maknanyaa...

Sampai je kat meja makan, terus azan... Tak sempat pon nak amik air..
Makan je kuih kat meja buffet tu...
Aku tak ingatlah berapa rate berbuka puasa kat Marriot ni, tapi sangat ramai manusia...
Sampai kat celah-celah pon dia bukak meja...

Kitorang dapat private room.. So, kat dalam tu boleh makan tenang-tenang... Hasief pon diam je.. Memang syoklaa makan kan... Sampai nak snap gambar pon terlupa... Uhuhuhuuu...

Tengoklah.. Pinggan dah licin baru nak amik gambar... Lapar punya pasalkan.. Uhuhuhuuu
Antara kawan-kawan opis ku tercinta... =)

Hasief memang sangat behave masa makan ni.. Dia tengok je orang sekeliling...
Lepas dah abis makan first round tu aku angkatlaa dia.. Kesian dok dalam stroller je kan...
Sekali tu, tengok baju belah belakang dah penuh dengan ta**... Patutlaa diam...
Dia buat projek mega super hebat.. Sampai tembus kene baju dan seluar...
Dah lah baju putih... 2 kali kene basuh baju tu nak ilangkan warna... Uhuhuhuuu

Haaaaa... Nilaa rupa budak yang buat projek tu... Buat muka innocent nak cover dah kotorkan baju sendiri... uhuhuhuu....

2. Seoul Garden, OU

Pada 20 Ramadhan pulak, ada iftar bersama rakan office suami.. Ramai-ramai nak berbuka kat Seoul Garden.. Tahun lepas pernah jugak berbuka kat sini. Tapi masa pergi berdua je.. Kali kami pergi berlima... Pergi ramai-ramai puas skit makan kan.. Sebab bila tengok orang lain makan, kita pon rasa nak makan lagi jugak...

Kali kitorang sampai awal, sebab sebelum berbuka tuh round-round OU jap cari barang raya..
Ingatkan nak survey handbag baru, tapi JJ OU still masih under renovation.. So tak dapatlaa nak carik...

Dalam kol 7 petang kitorang dah ade kat meja.. Dah siap-siap amik makanan lagi...
Kalau tahun lepas, sampai dalam masa nak berbuka tu memang kena beratur nak amik makanan.. So, tahun ni awal-awal dah amik semua makanan...

My adik-adik ipar... Adik ipar aku yang bongsu siap makan kimchi semua.. Alasannya sebab tak tau lagi bila dapat makan makanan korea lagi lepas ni.. Ehehehehee.. Takpe, nanti kita ajak angah gi korea... :)


Semua makanan orang lain yang amik kan.. Aku jaga hasief.. Time ni dia gelisah skit.. Kejap nk susu, nak suruh orang angkat.. Terpaksalaa mama melayan kerenah nyee....

Makan-makan lepas tu gi solat maghrib.. Bila dah solat hati dah tenang.. Sambung lagi makan banyak kali round.. Memang sangat kenyang sampai nak jalan balik ke kereta lepas tu pon rasa penat nak bawak perut..

Kawan-kawan opis hubby... Masing-masing muka kekenyangan.....

Lastly, tampal gambar my hero... Bila dapat susu, terus tido... Dari pengalaman yang dulu memang dah tau Seoul Garden ni agak panas skit bila masa berbuka tu.. Agaknya semua meja bergrill serentak.. Tempat sempit jadi panas.. So, memang bawak fan comel hasief skali.. Ade kipas tu, lena laa dia tido.. Orang bising-bising pon tak kisah dah...

Muka masam je.. Tido dalam keadaan panas... :P

Sekejap je dah minggu ke 4 berpuasa.. Minggu ni dah masuk mood raya.. Mana-mana lalu dah nampak orang pasang pelita... Tak sabar rasanya nak beraya sebab nak pakaikan hasief baju raya... :)

Oklah, itu je kisah iftar tahun ni.. Selamat berpuasa buat semua... =)


0 comments

Kempen Derma Darah

Darah, elemen penting dalam badan kita...
Tapi kebanyakan dari kita takut dengan darah... Darah sangat penting, tanpa darah tak mungkin kita boleh hidup kan...
Pernah tak korang terpikir suatu hari nanti kita akan memerlukan darah orang lain...
Atau pon korang pernah menerima darah orang lain atas sebab-sebab tertentu..

Disebabkan kepentingan darah dalam kehidupan, kita sebagai masyarakat perlulah prihatin..
Kalau kita mempunyai tubuh badan yang sihat, tak salah kalau sekali sekala menderma darah...
Mana lah tau kan dengan darah yang kita terima tu dapat menyelamatkan nyawa manusia...
Dah dapat pahala percuma dah...

Oklah, nak cerita pasal kempen menderma darah...
Seminggu sebelum puasa hari tu, kami satu family pergi midvally nak carik barang dapur..
Macam biasa pergila carrefour nak beli barang...
Ntah macam mana hari tu terlalu pulak kat entrance belakang yang dekat ngan harvey norman tu..
Tiba-tiba ternampak poster menderma darah.. Memang my hubby dah lama nak derma darah.. bila dah ade depan mata terus laa apelagi, menderma darah lah kita... :)

Poster kempen derma darah anjuran Pusat Darah Negara.. Tapi kami agak terkilan sebab tempat yang diberi sangatla terpencil.. Kalau letak kat tempat terbuka skit mesti ramai yang datang derma...

Alang-alang dah buat post pasal derma darah ni, mari aku cerita sedikit sebanyak proseidur nak derma darah.. Manalah tau ada antara korang yang berminat tapi tak tau nak buat macam mana kan...

Pertama-tama, kalau nak menderma darah korang hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Kalau rasa tak sihat hari tu takyah laa menderma daraah yer..

Lagi satu, kalau anda tahu anda melakukan aktiviti yang dinyatakan atau mengidap penyakit berkaitan darah yang merbahaya seperti AIDS, HIV, kencing manis dan lain-lain jangan menderma darah... Nanti membahayakan orang lain pulak...

Ok, lepas dah pastikan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, bolehlah mengisi borang yang telah disediakan...

Pastikan maklumat yang korang isi tu adalah tepat. Ini bagi memudahkan pihak hospital menghubungi penderma jika darah yang diderma mempunyai masalah.. Kalau lepas korang derma tu tak dapat sebarang panggilan, maknanya darah korang adalah darah yang boleh digunakan.. :)

Lepas abis isi borang, kene test darah pulak. Dan beberapa ujian lain seperti tekanan darah, dan jugak timbang berat badan...
Haaaaa.. Pegawai tengah periksa darah abang jenis apa.. A ke B ke O ke atau AB ke...

Dah selesai semua ujian-ujian tuh, bolehlah mula menderma darah... Just lay back, relax and enjoy the process.. Tak sakit pon menderma darah ni...
Penderma yang telah selamat dicucuk dan sedang diambil darahnye... Rileks je cik abang.. Lama atau tidak darah mengalir keluar bergantung kepada diri masing-masing.. Ada orang yang darahnye pekat, memang lama nak derma.. Kalau darah banyak dan tekanan darah tinggi, memang memancut-mancut darah keluar memenuhi bag darah dan kejap je dah selesai...

Darah dah hampir penuh dalam beg.. Tiap kali sesi derma darah, hanya 1 pain darah akan diambil.. Tak banyak pon, dan tak memudaratkan kesihatan...

Bila darah dah cukup, pegawai kesihatan akan cabut semua jarum dan minta penderma berehat dulu.. Jangan dah cabut jarum semua terus bangun pulak.. Kang ade yang pitam pulak.. Bagi masa pada badan untuk rehat dan kembali normal...

Selain tu boleh minum hot milo yang disediakan.. Biasanya lepas menderma ni, akan diberi sijil, dan juga makan ringan seperti biskut untuk mengembalikan tenaga penderma... :)

Masa ni, hanya hubby je yang menderma.. Aku masih lagi dalam kategori mereka yang belom boleh menderma darah.. Nanti bila dah sihat, nak derma darah jugak... :)

Jadi, pada mereka yang berminat, bolehlah menderma darah yer... Banyak kebaikan yang kita perolehi dari menderma darah ni.. Ingatlah, darah yang anda derma hari ini akan menyelamatkan nyawa insan lain dikemudian hari... InsyaAllah...



0 comments

COBAAN...

macam dalam cerita pendekar bujang lapok plak tajuknye...

Ntah kenapa pagi ni bila siapkan cooler bag, buka fridge tengok ice pack cair...
Eheeh.. Nape pulak ni cair...
Ade 3 ice pack, 1beku 2 cair...
Nak kata pintu fridge terbukak, stok susu semua elok je beku...
Stok makanan pon beku gak..
Nape 2 ice pack ni cair...
Issssshhhh... Dugaan betul time-time bulan puasa ni...

Nasib baiklaa opis ade peti sejuk..
Nampak gayanye arini berulang-alik laa aku ke admin menyimpan susu.. uhuhuhuhuu
0 comments

Masalah Keguguran Rambur Selepas Bersalin

credit to google

Rasa nak nangis ok setiap kali sikat rambut sekarang ni..
Kat mana-mana pon ada nampak rambut..
Kat cadar ada rambut, kat bantal, kat lantai, kat carpet depan tv.... Waaaaaaa...
Dah confirm-confirm tu rambut aku kan, sebab panjang..
Rambut laki aku pendek je...

Rambut ni mula gugur since 2 minggu lepas.. Mula-mula tu sikit aje, sekarang ni melampau banyaknyee..
Nak mandi pon cuci rambut pon rasa takut..
Takut rambut ni gugur...
Rasa nak nangis je tengok rambt-rambut yang gugur tu..
Habisla rambut kalau hari-hari macam ni...

Memang most mums akan mengalami keguguran rambut, terutama 2 bulan lepas bersalin..
But, i neve thought i would be this bad...
What should i do?????!!!!
Rasa nak gi Yun Nam Hair Care je..
Hahahhahaa... Melampaulaa kan nak pergi Yun Nam yang mahal melampau tu..
Tak mampu aku, tapi kalau suami ku sanggup menanggung apa salahnye kan... **mimpi yang pasti tak kesampaian.. uhuhuhu...

Apa nak buat ni?
Ok, aku ada beberapa cara yang aku pikir boleh membantu:

Step 1 : Potong rambut kasik pendek.. (Logiknya biar senang nutrien nak sampai semua part rambut... )

Step 2 : New hair product range.. (This is very urgent...!)

Step 3 : Xnk sikat rambut (mengurangkan kesan psikologi... :P)

Ehehehe... Step 3 tu melampaulaa kan... Takdenye boleh tak sikat rambut... Cuma part yang gunting rambut tu perlu... Harap-harap kuranglaa gugur rambut ni...

p/s: orang kata rambut gugur sebab anak suke main sembur air liur.. tp hasief tak suke sembur-sembur pon.. dia suke buat bubble dengan airliur dia adelaa... uhuhuhu


1 comments

Hasief dan Botol Susunya


Nak tanya, bila agak-agaknya baby boleh pegang botol susu dan minum sendiri?
Bila dah berusia 5bulan ke atas ke..? Tanya macam nk buat survey je...

Di usia 3 bulan ni, hasief dah mula belajar menggamit.. Kadang-kadang kalau bagi jari dia akan genggam kuat-kuat nak tarik pon susah.. Sambil menggamit tu sambil belek jari sampai juling-juling mata dia..

Tapi yang aku perasan sekarang ni, tiap kali bagi susu guna botol hasief memang suka nak pegang botol susu dia.. Gaya macam dah besar je nak pegang botol sendiri.. Kadang-kadang tu sampai tersengit-sengit botol dia pegang...

Haaa.. Ni first time perasan hasief nak pegang botol susu.. Siap jeling-jeling nak suoh mama lepas tangan, biar bagi dia pegang sendiri.. Eiiiii, si comel ni, awak tu kecik lagi tau.. Biar mama suapkan susu tu...

Haaaa... Sampai abis tau dia pegang.. Aku duduk je sebelah pantau.. Tak berani nak tinggalkan.. Tangan hasief belom kuat lagi...

Biasanya kat rumah memang aku jarang bagi susu dalam botol.. Biasa terus bagi nenen je.. Tapi kadang-kadang tu time cik B ni rasa penuh, hasief tengah tido pulak.. Dan bila hasief bangun nanti, time tulaa aku nak buat keje.. So, kadang-kadang bila aku ada plan nak buat kerja yang makan masa lama macam iron baju ke, memasak ke aku akan pam dulu.. Pastu letak dalam botol.. Nanti kalau hasief nak susu, papa pon bleh tolong bagi...

Agak-agaknya kat umah pengasuh hasief pon minum macam ni ke? Owwwwhh.. Rindu pulak denagn hasief.. Dah 2 hari dok berkepit je... Hari ni rasa kesunyian... ehehehehee...

Ni gaya semalam... Tetap nak pegang sendiri.. Aku pon lepaskan laa, terus amik tab nak amik gambar.. Dalam aku nak amik gambar tu tengok botol dah senget... Tapi mulut tetap nak isap puting tuh... eeheheee.. Sebelah tangan pon boleh nak yer? :P


0 comments

Membuat stok EBM di pejabat

**EBM = expressed breast milk..

Minggu ni dah masuk minggu ke dua kembali bekerja.. Dan mood cuti masih sangat tebal dalam diri.. Nasib baik boss dah bagi kerja, bolehlaa mengisi masa lapang kat ofis ni..
Alhamdulilah, walaupon dah masuk kerja tapi masih lagi breastfeed hasief secara eksklusif..

Dan selain bekerja, rutin baru sekarang adalah mengepam di pejabat..
Masa cuti hari tuh dah buat persediaan untuk operasi mengepam di pejabat ni..
Antara barang yang perlu ada untuk memudahkan ibu bekerjanya mengepam di pejabat adalah:
1. Pam (tak kiralah manual ke elektrik.. yang penting boleh pam.. :))
2. Cooler bag untuk menyimpan susu;
3. Ice pack untuk memastikan susu sentiasa sejuk..; dan
4. Milk storage bottle untuk menyimpan susu yang dipam..

Mudah je kan.. Kos nak sediakan benda-benda di atas ni tak lah mahal.. (kalau beli pam mahal, memang laa mahal kan.. tapi sekarang ni banyak dah option.. murah ada, mahal pon ada.. yang penting tengok ketebalan purse masing-masing.. ehehehe)

Jadi berbalik pada cerita membuat stok EBM ni, alhamdulilah sekarang ni boleh pam 3 kali kat opis.. Hasilnya boleh laa dibuat stok untuk bekalan sehari hasief di rumah pengasuh..

Awal-awal dulu, pergi surau untuk mengepam..
Angkutla cooler bag tu ke surau..
Tapi masuk 2-3 hari dah malas nak ke surau..
Pam je kat cubicle lagi senang.. Tak yah nak gerak ke mana-mana..
Bos nak carik pon senang...
Nasib baik unit aku ni semua perempuan, so tak lah segan sangat bila pam tu berbunyi kan...
Alasan malas nak ke surau sebab surau kot opis ni super sejuk..
Tak tenang masa nak mengepam sebab dok tahan sejuk je.. Uhuhuhuuu

Walaupon masih sangat mentah dalam arena breastfeeding ni, tapi itu tak menghalang untuk terus breastfeed hasief kan..
Sejak-sejak breastfeed ni memang banyak membaca pasal ilmu menyusukan anak..
Azam dihati nak susukan hasief sampai 2 tahun.. InsyaAllah...

** suke sangat baca blog orang lain yang cerita mereka mengepam di opis beramai-ramai.. tapi daku bersendirian je pam.. kawan-kawan, cepatlah bagi hasief kawan.. boleh kita mengepam ramai-ramai.... :P

oh, sebelum terlupa.. perkakasan mengepamku...

Mejaku yang berselerak itu, harap diabaikan yer.. :P

2 comments

My Baby is 3 months today..

Happy 3 months old my dear Hasief.. Anak mama dan papa ni semakin membesar dengan jayanya setiap hari.. From tiny little baby sekarang ni berat hasief dah mencecah hampir 6kgs.

So, what are hasief's progress:
  • Berat = 5.88kg
  • Tinggi = 59cm
  • Masih fully breastfeed.
  • Suka sangat bila ada orang ajak berborak.. Tersengih-sengih panjang bila ada orang melayan. Kadang-kadang tu waktu nak tido pon mulut bising ajak papa dan mama borak...
  • Sudah semakin fokus, terutama bila letak hasief depan tv.. Kalau ada rancangan yang berwarna warni hasief akan tengok je tv tu...
  • Suka sangat membelek tangan sendiri.. Agaknya penglihatan hasief bertambah baik,dan makin bagus mengawal tangan sendiri...
  • Suka buat buih air liur sampai basah baju...
  • Dah pandai isap buku lima sendiri.. Isap ibu jari belum reti lagi.. uhuhuhuu...
  • Kepala dah makin tegap.. Mungkin lagi 2-3 minggu lagi dah boleh duduk dalam bumbo seat hasief...
Kelmarin hasief demam.. Panik la jugak bila kakak pengasuh call bagitau hasief nangis tak henti-henti.. Bila pergi amik hasief, tengok mata dah bengkak pon.. Nangis merengek kesakitan.. Terus bawak hasief gi klinik walaupon masa tu suhu taklah tinggi sangat.. First time tengok anak sakit, terus luluh rasa hati ni..

Hari ni hasief dah bertambah sihat.. Maybe dia demam sebab nak beralih bulan... Ada orang cakap, kalau baby sakit masa nak beralih bulan maknanya dia nak belajar sesuatu yang baru.. Betulke? Hasief nak blaja meniarap ke nak?

Semoga hasief sihat slalu, ceria dan aktif seperti slalu.
Mama dan papa love u soooooo much... :)

0 comments

Baby First Toy

Sejak menjak jadi mama ni, aku memang over excited kalau lalu tempat main kanak-kanak..
Slalulah aku menjeling-jeling tengok mainan apa yang elok dibeli untuk hasief..
Yelahkan, budak sekarang ni cepat busan, they need something to entertain diorang..
Lagi-lagi hasief ni jenis suke borak..

Hubby cakap masih terlalu awal nak belikan mainan untuk hasief..
Hasief bukan reti nak pegang mainan lagi..
Nak control tangan dia pon aku tengok terkapai-kapai lagi..
But now, dah makin cekap isap penumbuk dia..
Nak masukkan jari dalam mulut belom reti lagi..

Mak aku pulak cakap tak yah manjakan anak dengan mainan..
Nanti gi shopping complex asik nak mainan je..
Tapi betul jugak cakap mak aku..
Kita dulu ada ke mainan ni semua..
Seingat aku, bila dah besar je aku ade teddy bear..
Itu pon aku pow makcik aku sebab aku kan anak buah kesayangan diorang... Uhuhuhuu..

Jadinya bila papa dah tak bagi izin beli mainan untuk hasief..
Mama bagila hasief main dengan mainan mama..

Bagi hasief main dengan teddy bear comel.. Sebenarnye itu maskot PANDA antivirus.. Aku dapat masa pergi conference ntah bila ntah.. Dah buruk pon bear tu...


Uit.. Panjangnye muncung nak.. Hasief cube menafsir makhluk yang mama kasik.. Nak buat ape laa agaknya dengan benda ni...

Tengok muka hasief yang berkerut-kerut.. Aku yang lebih excited main bear tu dengan hasief..
Letakkan bear atas kepala hasief.. Yeayyy..

Muka pasrah tak bleh nak buat apa.. Terima aje apa yang mama buat kat hasief.. ehehhe =)

Sebenarnya ada jugak kebaikan bagi hasief main bear ni.. Dia leka skit.. Dok laa berborak dengan bear.. Tak nangis.. Jadi bolehlah mama dan papa terawikh dengan aman.. Bagus anak mama...

Hasief: Oklah bear-bear.. Jom tido.. Sebelum tu kiss dulu.. Muaaahhh... :P
0 comments

Breastfeeding in Public..

Senang je nak breastfeed in public bila guna nurning blouse..
Tertutup dan selamat..
Tapi yang paling utama selesa...
Hasief pon terus senyap dapat susu... ehehhehe

Hari pertama berpuasa dan menyususkan hasief...
Sangat mencabar ketahanan diri..
Kesian jugak kat hasief sebab macam tak cukup je minum...
Kene makan banyak-banyak malam supaya boleh terus bagi susu kat hasief...

To all breastfeeding mommies out there..
Happy breastfeeding while fasting... =) 2 comments

Selamat Menyambut Ramdhan 1432H

Sungguh cepat masa berlalu...
Ramadhan kembali menjelma..
Semoga di bulan yang mulia ini kita dapat melipat kali gandakan ibadah..
Jangan lupa bersahur di pagi hari, berpuasa di siang hari dan bertarawikh di waktu malamnya..
InsyaAllah semoga Ramadhan yang barakah ini membawa seribu kebaikan kepada semua umat islam seluruh dunia...

Aminnn... 0 comments
Related Posts with Thumbnails