Memanjat, Penat dan Tido

Sekarang ni, Hasief asik nak berdiri je kejenye.. Setiap masa nak berdiri...

Panjat sofa untuk berdiri, then pergi kat tv cabinet, panjat dan berdiri..


And lagi satu tempat favorite dia untuk berdiri adalah bouncernye...


Haaaa.. Ni semua tempat dia berlatih berdiri...


Pastu bila tak seimbang badan, jatuh tergolek...


Dah bape kali anak aku ni jatuh, aku pon tak tau...


Kadang-kadang geram jugak, sebab dah cakap bape kali.. Nak jugak memanjat...


Tapi budak kecik manalah paham kan...


Bila dah jatuh tu, nangis laa kejapkan.. Bila dah tak sakit, kat situ jugak dia nak main...


Ade sekali tu, dia panjat bouncer dia sampai berjaya berdiri dalam bouncer..
Muka bukan main happy lagi..
Lepas tu berenjut-enjut keseronokan...
Aku yang seriau tengok, lantas menjerit ketakutan... Uhuhuhuu...
Hasief bukannye takut pon...
Agaknya baby boy memang macam ni kot..
Pantang nampak benda menarik, mesti nak buat...

Tapi, bila dia dah aktif macam ni.. Nak tido tak lah sesusah dulu..
Sekarang ni bila bawak masuk tido dalam kol 10.30 tu, dalm 20 minit dia dah tido..
Penat sangatla agaknya...
Kalau tidak dulu, sejam lebih jugak aku bersilat atas katil nak tidokan dia...
Betapa mencabarnye..


Lena betul tido.. Lepas tu menangis, dah pandai mengigau dah anak mama ni....



Ni gambar bawak Hasief makan breakfast kat McD..
Sebenarnye takde plan pon, kebetulan kene anta adik aku gi KLIA ahad aritu..
Lantas terus kita ke McD kan...
Hasief dalam gambar ni terselah kemasamannye..
Sebab kene kacau nak tido... Ehehehe 0 comments

Over and over again....

When u keep doing the same thing over and over and over and over again for years....

It doesn't make u any better....
It makes u lose and forgets everything...

My former boss used to say this...
"Sungguh-sungguh buat kerja... Tapi, jangan sampai lemas dalam kerja..."

And i'm now, not just sinking nor drowning... I am actually at the bottom of the ocean...
Ocean of work...Hahaha...

Need a hondsome life saver to rescue me from this place.. Or should i just fill in the transfer form... :P

Ok... Thats it.. Take a deep breath and back to work.... 0 comments

Wordless Wednesday : 3 is Better Than 2...

Picture taken during my brother's enggagement day..
0 comments

Breastfeed and Outstation..

Hari tu, kene outstation ke Bagan Lalang selama 3 hari..
Walaupon nampak kejap, tapi mencabar jugak bila breastfeed mom ni outstation..
Bila masuk bilik, mula-mula tengok fridge dia.. Alamak, apesal tak on fridge ni...
Check-check rupanya suiz rosak.. Dah tu bila tengok satu bilik ade dua je suiz elektrik.. Punyalaa kedekut hotel ni, Satu suiz tu laa nak guna tengok tv, masak air, caj telepon... Aaaaa... Stress kejap...
Nasib baik lepas tu, roomate datang... Baru berani kol service datang cek suiz yang rosak tu....

Oklaaa... Nak cerita pasal breastfeed.. Kalau biasa, aku akan simpan susu dalam fridge hotel je.. Sebab susu dalam fridge boleh tahan dalam 4-5 hari.. Jadi bila duduk 2-3 hari, theres no need to froze the ebm.. Dan biasanya jugak aku akan replace kad hotel dengan my other cards so that the fridge will always on...

Tapi... Hotel ni tak gune kad, dia gune kunci and a custommade key holder yang tak boleh diganti.. So, bila keluar bilik memang laa tak de electric...

So, being me.. pada mulanya sudah give up.. Tak pelaa... Pam je susu, then buang...
Haaaaaaaa... Tapi bila pam, tengok dapat susu banyak.. sedih rasa hatiku nak buang.. Tak pernah aku buang susuku selama ni...

Then bila discuss dengan roommate, dia suggest simpan dalam fridge hotel.. Tapikannn... Mak mana ade bawak bekas.. Plastic bag yang cantik skit adelah...
Nak tak nak kenalaa letak susu-sus tu dalam plastic bag tu.. Mula-mula bubuh susu dalam milk bag then letak dalam beg plastik tu.. Aku simpan skali icepack.. Bagi kat kitchen....

Nasib baik laa pekerja kat hotel ni memahami.. Tiap kali aku pergi kitchen, sume dah tau.. Tolong simpankan susu dalam beg plastik aku.. Alhamdulilah lepas meeting ade dapat 10 bags of 7oz.. Gembira tak terkata...

Bila balik aku sumbat semua dalam cooler bag... Sampai rumah semua susu masih beku.. :)Dan Hasief dapat minum susu ibu lebih skit kt rumah pengasuh hari ni... :) 0 comments

Baby Hasief 7 months

Last Saturday, Hasief turns 7 months.. How time really flies when u're enjoying it.. Sangat kejap dan from tiny little baby, Hasief had turn into big baby now.. Ehehehe



Hasief, macam baby-baby lain sangat suka bermain sekarang ni...

Pantang nampak benda lain skit, pasti akan menarik minatnya...

Mesti nak capai, kutip dan masuk mulut.. Everything nak masuk mulut...

Geram ke kadang-kadang tengok tabiat yang satu tu..

Bukan elok semua nk masuk mulut, nanti mesti batuk teruk...



Ok, jom tengok perkembangan Hasief this month:




  • Berat dan tinggi tak dapat nak update sebab bulan ni tak de kene gi klinik.. Nanti 9 bulan baru kene pergi balik...

  • Sudah pandai nak memanjat even thou masih tak stabil..

  • Tak menunjukkan minat nak merangkak, lebih minat nak memanjat jee...

  • Still lg makan bubur blend and sometime baby finger food...

  • Dah pandai menangis bila nak sesuatu.. Cth bila jalan-jalan, letak dia dalam stroller... dah pandai nangis tak nak duduk dalam stroller.. Nak dukung.. Selagi tak angkat, selagi tu laa melalak... Sabar ajelaa mama kan...

  • Sangat manja, suka sangat bila time main-main papa ngn mama ada melayan dia...

  • Dah pandai nangis bila bangun tido tak sesiapa kat sebelah...

  • Suke tido sebelah papa.. Kalau boleh nak tido celah ketiak papa dia tu.. Pergi kat mama bila nak menyusu je, lepas tu mesti kejap je dah berguling kat papa... Bab ni mama suke, sebab mama boleh tido dengan luasnyee.. Uhuhuhuu...

  • Suke tengok cermin.. Bila nampak diri sendiri, mesti tersengih-sengih....

  • Bila nangis nak susu.. Mesti sebut..."Maaammmaaa..." Alahai... Luluh rasa hati mama dengar macam tu...


Lastly tepek gambar mama ngan hasief.. Masa ni papa takde, gi beli makanan.. Dok lepak kat Food Republic, OU sambil-sambil bergambar dengan my little angle.. :)





0 comments

Rush rush mode

Pagi yang sibuk..
Sampai opis terus gi beli roti, tolong teammate setup meeting room,
rushing keluar kan surat kelulusan, dan terus lari2 nak pam susu..

Fuhhh.. Berpeluh kejap...
Ni ada lagi 9 minit sebelom kene masuk meeting...

Haaa.. Sape kate keje kerajaan boleh masuk pagi-pagi borak kosong ngan kawan-kawan...
Tak dapatnya kalau dok ini kementerian...

Ok, susu dah penuh, nak gi meeting plak...

p/s: being a multitasker, pam sambil berblogging.. ahaaaa.... 0 comments

Walaupon demam.

Tapi masih lagi aktif.
Hasief mula tunjuk minat nak memanjat dan berdiri.
Duduk pon tak stabil lagi, ade hati nk berdiri pulak anak aku ni.
Sekarang ni, angkat-angkat bontot terus nk berdiri.
Paling suke bila aku laki bini tido depan tv.
Mula la dia jadikan badan kitorang obstacle course dia.
Haruslaa mama n papa menjerit2 kesakitan kene hempap ngn hasief. Uhuhuhuuu
Published with Blogger-droid v1.7.4
0 comments
Related Posts with Thumbnails