Hasief warded.

Hari ni dah masuk hari ke 5.
Masuk sejak Sabtu yang lalu.
Diagnose with akut broncitis selam 4hari,
Semalam Hasief demam pulak, dan juga cirit birit.
Kena tahan lagi sehari.
Sekarang tgh menunggu doktor pakar datang.
Agak2 boleh keluar ke hari ni.

Rupa mama dah macam pesakit pulak.
Hasief macam biasa enjoying his moment.
But sometimes dia buat perangai mengada2.
Tak bagi mama ke mana-mana.
Nak ke toilet pon tak boleh.
Naik hantu mama, mama biarkn aje dia dalam cot.

Agaknye boleh keluar ke hari ni? (asking myself the same question again)

Ohhhh, dr tadi perut mama tak sedap. Asik rasa nak ber** je.
Mama dh terkena penyakit hospital ke?
Bgtau papa, papa cakap jangan bgtau doktor, nanti mama pulak yang kene tahan wad.
Haha, boleh ye begitu?

Dah alang-alang hasief tgh tido mama taip panjang skit.

Ok jugak wad kat hosp serd*** ni.
Mama rasa hosp kerajaan banyak dah berubah dari dulu.
Servis pon ok, tp byk yg selfservice.
Macam sakit hasief ni, kene bagi nebulizer (betul ke eja?) @ gas setiap 3 jam.
Nurse cume letak ubat je kat mask, mama yg kene bagi gas kt hasief.
Mula-mula tu struggle laa kn, mn ade budak suke pki gas tu.
Menjerit-jerit kefobiaan. Sampai satu tahap bila dengar bunyi gas katil sebelah, hasief dh mula nak nangis.
Dah masuk hari ketiga baru ok skit. Tenang je bila mama nk bg gas.

Itujela kot nk cerita. Sakit plak tangan taib guna tab ni.

Lenkali sambung citer.

********** manalaaa doktor ni. Bila nak sampai. Uhrmmmmm

Published with Blogger-droid v1.7.4
4 comments
Related Posts with Thumbnails