Majlis Aqiqah Hasief

Alhamdulilah diberi rezeki dapat kami tunaikan tanggungjawab menyembelih kambing untuk aqiqah Hasief..
Lepas ni hanya tinggal tanggungjawab membesar dan mendidik Hasief menjadi insan yang beramal soleh dan berbudi pekerti... InsyaAllah...

Acara menyembelih kambing dibuat di kampung.. Memang dah niat dari Hasief lahir, aqiqah buat kat kampung, meriah skit.. Ramai saudara mara..

Kambing-kambing disembelih oleh Tok Ayah Hasief.. Lokasi belakang rumah Tok Ayah je...
Sambil dibantu oleh Pak Long, Pak Lang dan Pak Teh....

2 ekor kambing untuk aqiqah dan seekor untuk dibuat kambing golek...
Kesemuanya kambing putih...



Papa Hasief gali lubang untuk senang proses menyembelih kambing..
Nanti darah terus masuk je dalam lubang....



Dah siap gali lubang semua, tinggal tunggu masa nak sembelih kambing...
Hasief pon tengok kambing untuk aqiqah nya.. Seperti biasa sangat behave...
Hasief duduk ngan Tok Abah tengok Tok Ayah sembelih kambing....


Yang ni pulak akad untuk mewakilkan Tok Ayah menyembelih kambing untuk aqiqah Hasief...

 Dan selepas itu bermulalah upacara aqiqah... Alhamdulilah....


Kambing-kambing tu dimasak menjadi Kurma Kambing untuk juadah kenduri kesyukuran pada keesokan harinya...

Dah penat kena dukung, Hasief duduk pulak atas motor.. Seronok dapat duduk kat luar... Tapi lepas tu, merah-merah satu badan kena gigit nyamuk.. Isk isk...

Abang Danish pon tengok kambing.. Tapi dok jauh sikit sebab takut tengok kambing kena sembelih....

Oklah, entry ni banyak gambar je.. Nanti kita sambung dengan cerita majlis doa selamat dan kesyukuran yer..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails